Tuesday, February 15, 2011

Mengenal Allah melalui mengenal diri sendiri



Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun yang dimaksudkan diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad modern ini, ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tiubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang dating dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama Ilmu ketuhanan atau Ilmu Tauhid berpegang kepada bahawa diri ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal Tuhannya.”

Dikalangan ulama tasauf atau ulama Ilmu ketuhanan selalu menasihatkan, ”carilah diri kamu dalam diri.”maksudnya, ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Walaupun didalam Al Quran ‘diri’ itu disebut dengan belbagai istilah, tetapi tujannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya ‘diri’ yang hakikat itu didalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab, samaada  baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertyanggungjawabkannya.”

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat-sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan disamping roh juga akan diuji tentang ketaqwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa, ianya  sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan Qalbu. Seandainya Qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mestilah mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah saja yang boleh menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal. nafsu dan roh., bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi didalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As Sham: 9-10)

Wassalam

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)