Thursday, February 10, 2011

PEMUDA DGN WANG SEBANYAK 1 DIRHAM..

by Engku Johan Bongsu on Wednesday, February 2, 2011 at 12:07am

Subhi Bani Alwiyyin Berkat Dan Fadilat Majlis MawlidMaka tersebutlah satu kisah dalam "Targhiibul Musytaaqiin" karangan Imam an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah, diceritakan oleh Syaikh Abdullah bin 'Isa al-Anshari tentang jirannya seorang wanita yang sholehah.

Jirannya itu mempunyai seorang anak lelaki yang juga sholeh. Wanita yang sholehah ini tidak mempunyai harta selain satu dinar hasil kerja tenunnya. Tatkala wanita tersebut meninggal dunia, wang satu dinar tersebut diwarisi oleh anaknya. Anaknya yang sholeh tersebut berkata kepada dirinya bahawa wang satu dinar hasil kerja ibunya itu hanya akan dibelanjakan untuk tujuan akhirat.

Pada suatu hari, pemuda anak perempuan sholehah tersebut keluar dari kediamannya kerana suatu keperluan, dia melalui satu perhimpunan orang sedang membaca al-Quran dan mengadakan Mawlidin Nabi SAW pada bulan Rabi`ul Awwal. Lalu dia pun duduk bersama mereka dan mengikuti majlis mawlid tersebut.

Pada malamnya, pemuda tersebut telah bermimpi seolah-olah kiamat telah berlaku dan seorang penyeru menyeru: "Di manakah si fulan anak si fulan", disebutnya nama-nama orang yang dalam satu perhimpunan lalu digiringlah mereka ke syurga, dan adalah pemuda tersebut termasuk dalam kalangan mereka.

Tatkala memasuki syurga, si penyeru tadi berkata: "Bahawasanya Allah telah memberi bagi setiap kamu sebuah mahligai dalam syurga." Maka masuklah si pemuda tadi ke dalam mahligainya, tidak pernah dia melihat mahligai yang seumpamanya dari segi keelokan dan keindahannya, ianya dipenuhi bidadari dan pada segala pintunya dijaga oleh khadam. Pemuda tersebut melihat bahawa ada mahligai-mahligai lain yang lebih elok daripada mahligainya, lalu dia pun berkehendak untuk memasukinya.

Tatkala berdetik hatinya untuk memasuki mahligai tersebut, berkatalah khadam kepadanya: "Ini bukanlah untukmu, bahawasanya ini diperuntukkan bagi orang yang membuat mawlid Rasulullah SAW."

Keesokan harinya, pemuda tersebut awal-awal pagi lagi terus menggunakan satu dinar warisan daripada ibunya tersebut untuk mengadakan Mawlid Nabi SAW kerana sukacitanya dengan mimpinya itu. Dia menghimpunkan para faqir untuk berzikir kepada Allah, membaca al-Quran dan membaca Mawlid Nabi SAW. Dia juga menceritakan tentang mimpinya itu kepada mereka, lalu semua mereka merasa gembira mendengar ceritanya itu. Pemuda tersebut telah bernazar untuk tidak akan meninggalkan mengadakan mawlid selama hayatnya.

Kemudiannya, si pemuda tadi telah bermimpi lagi dan dalam mimpinya itu dia telah bertemu dengan ibunya. Ibunya berada dalam keadaan yang amat baik, berhias dengan segala perhiasan syurga dan berwangian dengan bauan syurga. Pemuda tersebut mencium tangan ibunya dan ibunya mengucup kepalanya lalu berkata: "Moga Allah membalasmu dengan kebaikan, wahai anakku, malaikat telah datang kepadaku membawa segala perhiasan ini."

Si pemuda bertanya kepada ibunya: "Dari manakah ibu memperolehi kemuliaan ini?" Si ibu menjawab: "Kerana engkau telah mempergunakan satu dinar yang engkau warisi daripadaku untuk mengadakan mawlid Penghulu orang-orang terdahulu dan orang-orang yang kemudian, dan inilah balasan bagi orang yang mengagungkan Nabinya dan mengadakan mawlid.

Baginda."Bersabda Junjungan Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:"Tiadalah tinggal daripada kenabian / nubuwwah melainkan khabar-khabar gembira." Para sahabat bertanya: "Apakah itu al-mubasysyiraat?" Junjungan SAW bersabda: "Mimpi yang baik."اللهم صل و سلم و بارك عليه و على آله

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)