Daud Mqtk
Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan. Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia. Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
No comments:
Post a Comment