Friday, March 25, 2011

PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI ALQURAN CHERAS BATU 10

MOU MQTK DENGAN TUAN HAJI RAHMAT MAHDAN (PERCETAKAN SAUFI)
PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI ALQURAN CHERAS BATU 10
 (Sebelah Masjid alKariaah Cheras)

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan. Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.


alhamdulillah..
rabu 23/3/2011 Bobspek (BAKA PDRM-MQTK), YM Nik Saidinal Umar (S/u Agong MQTK) & YM Datuk Biji Sura MQTK telah mengadakan MOU dengan Tn. Hj. Rahmat bin Mahdan, Pemilik Syarikat Penerbitan Saufi dan melawat kilang pembakaran PELUPUSAN ALQURAN DI Cheras Bt.10. Tuan Hj. Rahmat Mahdan adalah owner dan PIONEER di Malaysia pada projek pelupusan alQuran lama ini. Beliau bersetuju untuk menerbitkan alQuran Tafsir atas nama MQTK dgn logo, label, sejarah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Muhammad SAW, Sejarah Saidina Hussein,  Sejarah Syed Hussein JamadilKubra Nusantara. Sejarah Raja Muda Reman Long Gaffar & sejarah Pengasas MQTK  (Tok Kadok V- Tn. Hj. Nik Lah Hj.Nik Mat) dan biodata MQTK,..

Tn.Hj. Rahmat ini adalah seorang Jutawan yang low profile, merendah diri, sentiasa tersenyum dan suka menderma. Beliau juga ada mempunyai perniagaan lain dan kilang di Taman Sri Batu Caves. Industry Pelupusan alQuran yg beliau ceburi untuk ibadah semata-mata. Beliau mendapat teknik pembakaran melalui pelbagai tempat pembakaran di seluruh dunia. Idea terbaik dan bersih adalah melalui teknik yang dijalankan di sebuah kuil di Vietnam berbanding lain-lain tempat pembakaran di dunia. German juga mempunyai teknik pembakaran yang baik dan canggih. Maka kaedah itu digabungkan dalam menggunakan Oven Pembakaran. Beliau amat perihatin akan kesucian alQuran dan mukjizatnya.

Soalan Tuan Haji Rahmat Mahdan kepada umum:
"Dahulu, ke mana alQuran dihapuskan? Siapa yang membuatnya? ALQURAN DIBAKAR BERCAMPUR BAHAN LAIN. TIDAK TERPELIHARA!! Kalau kita tidak membuatnya, siapa lagi? JAKIM tak bantu! Kerajaan tak bantu! YADIM tak tolong!! TAK ENDAH!!..Ini semua menjemput BALA" katanya lagi; Dan ditambah oleh Bobspek Quraisy alHasyimi dengan ungkapan 'TULOH' dan Tn.Hj. bersetuju dan memahami perkataan TULOH itu.

Alhamdulillah, akhirnya MQTK-BAKA PDRM BUKIT AMAN, tampil bekerjasama dengan tuan haji Rahmat. Kami berbahagia!! Bagaimana pun, insyaAllah, moga projek printis antara MQTK & Percetakan Saufi akan diberkati Allah dan memelihara negara dari bala murka Allah.

**Nota: "TULOH' ADALAH BALA KIFARAH"


YM Tuan Haji Rahmat bin Hj. Mahdan (CEO Percetakan Saufi)

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.


“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?
“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak.
“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kemudian kami cadangkan perkara yang dipersetujui dgn Tn.Hj. Rahmat:

a) Persetujuan pihak Tn.Hj.Rahmat & MQTK:

i.i Perlu mengumpulkan abu alQuran Gred A selama 3 tahun bermula 22/3/2011 untuk di hantar dan ditaburkan di Lautan Pasifik (Bermuda Triangle) atas keyakinan Mukjizat Allah Yang Agung dan Maha Berkuasa & Di situlah istana Dajjal Laknatullah... Maka dipersetujui penghantaran Tong-tong Debu alQuran adalah melalui Kapal Laut. Kemudian kita tunggu keputusan Allah..!! Apa yang berlaku??? Tsunami?? Maka ingatlah riwayat Nabi Nuh..!!  Proses itu akan dirunding kemudian (jan 2012M)

ii. MOU untuk menerbitkan alQuran Tafsir atas nama MQTK dgn logo, label, sejarah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Muhammad SAW, Sejarah Saidina Hussein,  Sejarah Syed Hussein JamadilKubra. Sejarah Long Gaffar & sejarah Pengasas MQTK  (Tok Kadok V), sejarah MQTK (sekarang). Penerbitan Saufi adalah Main Con. kepada projek ini.

iii. Kerjasama untuk membuka satu lagi cawangan Tempat Pelupusan alQuran di Negeri Kelantan. Kosnya bernilai hampir RM 2 juta. Oven pembakar RM 1.2juta, Mesin Pemotong (RM16,000X2), Mesin Angin & Mesin tambahan (RM300,00) serta Bangunan (premis) yang dianggarkan RM 60,000 dari besi dan atap ecodac. Memerlukan 6-10 pekerja. Sesuai untuk projek IKS.

iv. TEMPAT YANG DIPERSETUJUI IALAH DI Tanah Lot Kg.Bandar yang memerlukan keluasan hanya 1/2 ekar.
Antara nasihat MQTK kepada Tn.H. Rahmat seperti 'Jangan meletakkan barang lain di atas alQuran, teknik pemahaman alQuran Qadim, dan hujah ALQURAN MENGATASI SEGALA-GALANYA' amat-amat dipersetujui, diterima dan dihargai oleh Tn.Hj. Rahmat. Tuan Hj Rahmat juga akan KELANTAN BULAN DEPAN UNTUK URUSANNYA TETAPI AMAT BERHAJAT SEKIRANYA MQTK TURUT SERTA DALAM MESYUARATNYA. INSYAALLAH..

*Kami juga dilatih teknik2 pelupusan alQuran dan kaedahnya yang berkonsepkan 'MENGKAFANKAN ORANG MATI'.. dari sumber (ALQURAN lama/buruk) > Masuk Kilang> Pengasingan> Buang Kulit Quran, Pemotongan kertas> Troli ke tempat pembakaran>Oven Pembakar>Abu Gred A>Penyulingan>Turasan>Di Dalam Tanah, iaitu kembali kepada tanah...

PERINGATAN....!!!
Kepada agensi kerajaan,swasta,@individu yang ingin menghantar bahan bacaan agama yang tertera kalimah Allah untuk dilupuskan, diharap dapat membuat surat dan fakskan ke no. 03-26933051.
Tujuan kami untuk merekod setiap bahan yang hendak dilupuskan. Kerjasama anda amat kami hargai. Terima Kasih.

PERCETAKAN SAUFI, telah mengadakan PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA bagi membantu serta menggantikan Al-Quran lama kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok.


Program amal jariah ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan Al-Quran yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan Al-Quran yang lama dan uzur. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah Al-Quran yang baru untuk dibaca.

Program ini dilakukan bagi memartabatkan kalamullah. Ianya dilakukan hanya di MALAYSIA sahaja.

Jika anda ingin membuat sumbangan bagi individu, badan-badan korporat, badan-badan kerajaan dan syarikat untuk program ini, kami alu-alu. Kami mengharap agar kita sama-sama dapat mengerjakan amal jariah yang mulia ini.

AL-QURAN ini terbitkan mengikut penulisan MUSHAF RASM UTHMANI yang diiktiraf serta diluluskan oleh BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN & TEKS AL-QURAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA dan telah mendapat kelulusan serta sokongan bagi menjayakan program ini.


SETIAP SUMBANGAN TIADA HAD.
SUMBANGAN MINIMUM : RM10.00.
HARGA BAGI SE-NASKAH AL-QURAN ADALAH: RM30.00
(termasuk penghantaran)

Setiap naskah yang telah diwakafkan akan dilabel penama didalam AL-QURAN dan dicop "WAKAF". Ini bererti AL-QURAN yang telah diwakafkan tidak boleh dijual beli bagi mengelak individu lain mengambil kesempatan untuk menjual semula.


SPESIFIKASI AL-QURAN RASM UTHMANI

Cetakan : Dicetak khas dari SYIRIA,LUBNAN
Kulit : warna (hitam,biru,hijau,merah) hotstamping gold + emboss (timbul)
Teks : Kertas berkualiti (cetakan 2 warna : hitam dan biru)

Saiz : 220mm x 150mm

Sumbangan boleh diterima melalui secara tunai,cek,bankdraf,wang pos,dan internet banking masukkan terus ke dalam akaun:

MAYBANK : 5640-9820-6424  (PERCETAKAN SAUFI)

Alamat Pejabat Urusan.

PERCETAKAN SAUFI
55, LORONG HJ. HUSSEIN SATU,
OFF JALAN RAJA MUDA
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.
03-2693 3049 (office) 03-2693 3051 (fax)
RAHMAT MAHDAN : 019-3376159
KHAIRUL AIZAT RAHMAT : 010-3086776 / 017-3085773

Mohon kepada orang ramai dapat membantu serta memberi sumbangan ikhlas bagi mencukupkan Al-Quran kepada sekolah tahfiz,pondok,sekolah-sekolah.

"BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA HARTA ALLAH"

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)