Thursday, April 7, 2011

MANTIK.......aku berdiri kerana kebanaran.......!!!

Tuan Rafaie Tuan
MANTIK.......aku berdiri kerana kebanaran.......!!!

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. ( Al-isra: 88 )

Salah satu akibat penting daripada penjajahan fikiran yang dilancarkan oleh barat, melaluai gerakan Orentalisma, Zionisma, missionari Kristian dan lain-lain lagi telah mengakibatkan umat Islam kini kehilangan punca dalam arah dan cara hidup mereka. Kehidupan mereka telah terpisah daripada sumber kekuatan utama iaitu Al-Quran Al-Karim. Mereka hanya menganggap Al-Quran itu sebagai aximat, jampi mentera atau hanya bacaan ibadat semata, bukan lagi sebagai pelembagaan hidup mereka.

Sebaliknya umat Islam dahulu telah menganut Islam sebagai cara hidup yang mempengaruhi seluruh kehidupan mereka. Segala masalah mereka diselesaikan dengan berpandukan Al-Quran. Mereka juga menyakini bahawa Al-Quran menjadi punca kekuatan mereka, sumber kebahagiaan hidup dan pembangunan ummah.

Oleh kerana itu, tidak terfikir oleh umat islam dan para pemerintahanya untuk menolak prinsip dasar Al-Quran atau menolak syariat ALLAH dalam pemerintahan dan kehidupan. Mereka juga tidak terfikir untuk mengambil rujukan lain sebagai Alternatif kepada Al-Quran.

Apa yang menjadikan keyakinan mereka ialah Al-Quran adalah kebenaran yang hakiki.

Firman ALLAH swt: " Itulah kitab yang tidak sebarang keraguan padanya dan menjadi hidayat kepada orang yang bertakwa " ( Al-Baqarah : 2 )

Firman Nya lagi : "Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? " ( yunus : 32 )

Sesungguhnya anugerah terbesar kepada umat Islam dan manusia seluruhnya bagi hati dan fikiran yang matang ialah Al-Quran Al-Karim, kerana Al-Quran adalah kitab mukjizat dan hidayah untuk manusia yang diturunkan oleh pencipta manusia dan alam ini. Lantaran itu Al-Quran hendaklah dijadikan sebagai sumber rujukan utama bagi ummah. Tampanya manusia akan kehilangan pendoman dan panduan hidup lantas bertindak mengikut pertimbangan akal dan hawa nafsu.

Demi jaminan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, maka menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam, khususnya generasi muda para pelajar memahami hakikat wahyu Al-Quran Al-Karim dan isi kandungannya untuk dihayati sepenuhnya. Dengan mempelajari dan mengetahuainya akan tercernalah ke dalam peribadi muslim sifat-sifat ubudiyyah terhadap manhaj Ilahi, perasaan rendah diri, tawadhu', zuhud dan terlindung daripada perangkap kesamaran menafsirkan ayat-ayat ALLAH swt.

Sebaliknya dengan kejahilan terhadap hakikat wahyu dan Al-Quran ini, akan mudah terdedah kepada ruang-ruang kesesatan, penyelewengan dan penyalahangunaan ayat-ayat ALLAH bukan pada tempatnya yang sebenar. Berasaskan beberapa faktor inilah maka, perbincangan mengenai wahyu ALLAH ini penting bagi setiap muslim.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)