Wednesday, April 20, 2011

Pesan Nabi Adam kepada puteranya

Khadri Mustaffa
Nabi Adam Alaihissalam berpesan kepada puteranya Syits Alaihissalam mengenai 5 perkara. Syits juga diminta supaya menyampaikan pesanan itu kepada anak cucunya. 5 perkara itu ialah :
1. Jangan merasa tenteram terhadap dunia. Dulu aku merasa tenteram disyurga dan merasa kekal disana. Namun Allah memerintahkan aku keluar daripadanya ;
2. Jangan menurut keinginan2 ( hawa ) isterimu kerana aku pernah menuruti keinginan isteriku. Aku ikut makan buah perpohon akibatnya aku dirundung penyesalan ;
3. Setiap tindakan ( perbuatan )yang hendak dilakukan, lihatlah akibatnya. Jika aku memerhatikan akibat sesuatu perkara, tentu tidak akan mengalami keadaan seperti ini ;
4. Apabila hatimu merasa tidak tenteram ( bimbang ) terhadap sesuatu, maka lebih baik jauhi sahaja. Dulu ketika aku telah memakan buah pepohonan, tiba2 hatiku berdebar. Aku terlambat menariknya kembali. Akibatnya aku hanya boleh menyesal ;
5. Musyawarah dahulu terhadap sesuatu masaalah ( persoalan ). Dulu kalau aku bermusyawarah dengan malaikat, tentu aku tidak akan mengalami keadaan sebagaimana yang telah kualami ini.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)