Wednesday, April 27, 2011

Wanita Yahudi Akhirnya Memeluk Islam

 

 










Seorang aktivis kemanusiaan Yahudi yang berasal dari Moroko, Thali Fahima, mengumumkan keislamannya di kota Umm Al Fahm, setelah melalui berbagai perjalanan mencari kebenaran hakiki.

Thali Fahima memilih untuk menyatakan keislamannya di kota Umm Al Fahm kerana beliau ingin menjelaskan bahawa yang mendorong ia masuk Islam adalah kerana ia mengenal baik Asy Syaikh Raid Shalah, pemimpin gerakan Islam di Palestin 1948 yang sekarang diduduki Zionis.

Seperti yang disiarkan sahabat al-Aqsha, Thali Fahima menyatakan sewaktu dirinya pertama kali bertemu Syaihk Raid Shalah, jiwanya merasa goncangan hebat sekalipun belum mengucapkan sepatah kata kepadanya. Menurut Tali Fahima, pancaran raut wajah dan sikap indah hati Syeikh Raid Shalah mendorong dirinya masuk islam.

Pernyataan keislamannya di Masjid Al Malsa dan disaksikan oleh Asy Syaikh Dr Raid Fathi, Asy Syaikh Yusuf Al Bazz serta imam Masjid Malsa, Asy Syaikh Taufik Yusuf dan Asy Syaikh Mustafa Ridha. Setelah Asy Syaikh Raid Fathi menjelaskan pokok-pokok ajaran Islam kepada Thali Fahima, ia pun beranjak untuk menjenguk Asy Syaikh Raid Shalah yang sedang dalam tahanan rumah oleh 'pemerintah' Zionis.

Ia menjenguk pemimpin gerakan Islam itu untuk memberitahukan keislamannya sekaligus menyampaikan rasa terima kasih kepadanya. Thali juga mengungkapkan rasa syukurnya kepada Allah Ta’ala yang telah mentakdirkannya mengenal Asy Syaikh Raid Shalah sebagai jalan baginya untuk menjemput hidayah teragung, yaitu Islam yang lurus. -republika.co.id


perihatin 

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)