Sunday, May 15, 2011

Ketum - Kebaikan, Keburukan dan Penagihan



Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Bahan Aktif

• Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama

• Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu

• Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907

• Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964

• Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)

• Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.



Pelbagai Cara Mengambil Ketum

• Daun segar dikunyah bersama sirih

• Daun kering dihisap bersama tembakau, candu

• Direbus dan minum sebagai sirap/ teh

• Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti

• Dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian

• Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas


Penggunaan Tradisional

• Diguna semenjak berzaman-zaman

• Ubat tradisional bagi:

• Merawat cirit birit, demam dan batuk,

• Mengelakkan dari penyakit cacing,

• Meningkatkan selera makan,

• Menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,

• Diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah



Kegunaan-Kegunaan Lain

• Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).

• Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan

• Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin

• Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin

• Drug gantian untuk candu

• Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate

• Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).



Kesan Farmakologi

• Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam

• Mengurangkan ketegangan otot

• Menindas sistem saraf pusat

• Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)

• Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil


Mekanisme Tindakan

• Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor Mu – mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.

Kesan Mengikut Tahap Dos

• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif

• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod

• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu


Kesan Sampingan Mitragynine

Kesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat

• Bosan

• Malas

Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

• Ransangan

• Peningkatan tenaga fizikal dan batin

• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau

• Kerja yang membosankan

• Suka bercakap, ramah, suka bergaul

• Mudah runsing


Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)

• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi

• Berasa tenang

• Hilang dalam alam mimpi

• Merasa gatal atau berpeluh

• Anak mata menjadi sempit

• Merasa loya


Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)

• Mulut menjadi kering

• Kerap kencing

• Kehilangan selera makan (anoreksia)

• Sembelit



Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)

• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan

• Jaundis (penyakit hati)

• Insomnia (payah tidur)

• Psikosis (gila)

• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi


Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)

• Banyak tidur

• Hilang keupayaan untuk bekerja

• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)

• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)



Gejala Tarikan

• Hidung dan mata berair

• Cirit birit

• Sakit pada otot dan tulang

• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan

• Sintakan otot (muscle jerking)

• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)

• Mudah meradang

• Hilang keupayaan bekerja



Risiko

• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan

• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian



Dari Aspek Perundangan
• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943

• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan

• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang

• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)


Hukuman

• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=16

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_content.jsp?lang=mental&storyid=1207645987458&storymaster=1207645987458

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)