Wednesday, July 27, 2011

Kupasan Kitab Bidayatul Hidayah..

Perjalanan Imam al-Ghazali..dan pengertian tasauf sunni..

Imam al-Ghazali yang berjasa itu merupakan seorang Guru Pondok di zamannya. Di zaman itu, telah muncul segolongan cerdik-pandai yang belajar 'ilmu falsafah dan 'ilmu2 lain. Mereka memandang rendah terhadap Tok2 Guru dan pelajar2nya di pondok. Keadaan inie amat mendukacitakan Imam al-Ghazali.. keadaannya sama seperti sekarang di mana masyarakat lebih memandang tinggi kepada guru2 dan pelajar yang belajar di universiti berbanding Tok2 guru pondok yang dianggap ketinggalan zaman..

Lantas Imam al-Ghazali berusaha mencari kebenaran.. dalam pencariannya, Imam al-Ghazali beruzlah dan berkhalwat.. selama 10 tahun Imam al-Ghazali berusaha membersihkan dalamannya. Apa yang dilaluinya tidak dapat diceritakan kepada orang lain..

Bagaimana sahabah RasululLah dan auliya' yang menangis apabila membaca al-Qur'an.. sedangkan kita tidak merasakan apa2.. seseorang yang makan tomyam tidak mampu untuk menceritakan kesedapan tomyam itu kepada orang lain..sehingga orang itu merasakannya sendiri.. ..merasakan lemak-manisnya beribadah kepadaNYA.. ..begitu seorang Imam besar yang mengambil masa selama 10 tahun untuk menyucikan hatinya..

Itu yang tiada kepada orientalis2. Mereka boleh mencari dan mengetahui pengetahuan jauh lebih banyak daripada orang2 Islam.. Mereka mengetahui tetapi tidak merasainya..

Imam al-Ghazali menyatakan 'ilmu agama itu dipelajari dengan berguru. Berlaku pemindahan 'ilmu dan 'amal Guru kepada si murid.. inie yang diajarkan oleh Tok2 Guru pondok..

..silsilah seseorang Guru perlu dilihat sampai kepada Imam al-Ghazali.. atau sanad yang sampai kepada RasululLah SAW..

Iilmu fardhu 'ain yang perlu dituntut ada 3 iaitu 1. 'Ilmu Tauhid 2. 'Ilmu syariat [fiqh] 3. 'Ilmu Tasauf ['ilmu adab/'ilmu akhlaq]

..masyarakat seringkali merasa takut dengan istilah tasauf..
Ilmu tasawuf itu adalah 'ilmu adab. Adab dengan ALlah SWT dan adab dengan manusia..
..apabila manusia itu riak, dia tidak beradab dengan ALlah SWT.. ..apabila dengki, dia tidak beradab dengan manusia.. ..apabila mengumpat, dia tidak beradab dengan manusia.. ..apabila takabbur, dia tidak beradab dengan ALlah SWT..

Belajar 'ilmu tasauf perlu dengan mursyid. Berjalan seorang diri tidak digalakkan. Sebagaimana RasululLah SAW yang dipimpin oleh Malaikat Jibril ketika di perjalanan Israk wal Mikraj [bertemu ALlah SWT].

Bagaimananak mengenali 'mursyid'. Jawabnya lihatlah pada syariatnya.. dan sifat2nya boleh dirujuk dalam kitab Ihya Ulumiddin.. jika sukar bertemu guru, jadikan kitab Imam al-Ghazali itu sebagai guru..

Imam al-Ghazali menghuraikan ketiga2 'ilmu secara bersepadu. tidak boleh dipisah2kan.. Seseorang yang belajar 'ilmu fiqh tetapi tidak belajar 'ilmu tasauf boleh menyeleweng.. contohnya seorang hamba ALlah mempunyai sejumlah wang hujung tahun yang perlu dizakatkan.. dia berkata kepada isterinya untuk hadiahkan wang itu kepada isterinya..maka, dia melepaskan diri daripada membayar zakat.. dia buat begitu kerana faham fiqh tetapi tidak belajar tasauf..

..begitu juga dengan hamba2 ALlah yang blajar tasauf tanpa blajar fiqh. Seorang sufi pernah berkata, "..sehingga ku merasakan tidak diwajibkan solat ke atasku". Sufi tersebut bermaksud solat sudah menjadi sesuatu yang perlu ke atasnya, tanpa solat dia bisa mati..ibarat makanan.. hamba2 ALlah yang tersalah baca akan menyatakan tidak perlu solatt. Orang yang belajar tasauf tanpa blajar syariat boleh menjadi 'kafir zindik', dia merasakan dirinya muslim sedang dia sudah keluar Islam.. Na'uzubilLah..

Perjalanan seseorang murid akan diganggu dengan 4 unsur iaitu, 1. Dunia

2. Nafsu 3. Syaitan 4. Manusia..

Syaitan adalah musuh yang tiada kompromi dan 3 lagi boleh deal dengannya..

Kitab BIDAYATUL HIDAYAH adalah merupakan kitab karangan Al-Imam Hujjatul Islam AL-Ghazali rahimahullah yang banyak dilimpahi keberkatan daripada Allah s.w.t.Ia merupakan ringkasan atau pati kepada kitab induk Ihya' Ulumuddin.Kitab BIDAYATUL HIDAYAH telah banyak memberi manfaat kepada sekian banyak penuntut ilmu yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas dan untuk mengamalkan isi kandungannya.Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat disangkal lagi.

Sebenarnya kitab BIDAYATUL HIDAYAH ini telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh seorang tokoh yang terkenal iaitu Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani (meninggal sekitar tahun 1203 h).Terjemahan beliau dinamakan sebagai Hidayatussalikin Fisuluki Maslakil Muttaqin.Kitab ini amat terkenal di rantau Asia Tenggara kerana ia mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan huraian yang lengkap serta penambahan yang besar faedahnya.

Berbalik semula kepada kitab BIDAYATUL HIDAYAH,kitab ini merupakan kitab tasawwuf yang terdiri dariapada beberapa bahagian perbahasan.Kitab ini dimulakan dengan pendahuluan daripada Imam Ghazali yang dituju khusus kepada para penuntut ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan yang selalu berusaha menyesatkan anak Adam.Bahagian pertama yang dibincangkan dalam kitab ini ialah tentang adab-adab melaksanakan ketaatan yang kemudiannya disusuli dengan cara-cara meninggalkan maksiat dan adab-adab bermuamalah dangan Khalik dan makhluk.

Tambahan lagi,kitab BIDAYATUL HIDAYAH ini umpama manual amalan harian dalam kehidupan seseorang muslim(hal ini amat penting terutamanya individu yang berintima' dgn gerakan dakwah Islamiyah).Ia bertindak sebagai bekalan kepada kita sepanjang perjalanan dunia dan akhirat(Zad 'alattariq).

Apabila kita mendalami (bertalaqqi dan bukan hanya sekadar membaca seperti buku-buku biasa) dengan tekun dan teliti,kita akan dapat rasakan bahawa Imam Al-Ghazali sedang berinteraksi dengan kita.Beliau berinteraksi dengan memberikan nasihat dari hati yang penuh kasih-sayang dan belas kasihan dan interaksinya dari hati ke hati.Interaksinya umpama seorang murabbi(pendidik) yang amat berpengalaman dalam bidang pembentukan ruhani kepada seorang pelajar yang memerlukan bimbingan.

Dalam agama kita ada disebutkan satu kaedah yang mana mafhumnya "apa yang tidak dapat diamalkan semua maka jangan ditinggalkan semua".Justeru,kita sebagai orang Islam terutamanya golongan pemuda/siswa;siswi/pelajar(SYABABUL ISLAM) hendaklah berusaha untuk beramal dengan isi kandungan kitab ini agar ketaqwaan kita dapat ditingkatkan.Kita tidak dicela kerana tidak sampai kepada peringkat ketaqwaan yang tinggi,tetapi kita dicela kerana tidak membuat usaha sedangkan kita masih berkemampuan.

Rujukan=Kitab BIDAYATUL HIDAYAH terjemahan guru kepada guru kami Syeikh Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.



wassalam

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)