Wednesday, July 27, 2011

Sejarah Imam al-Ghazali

Lahir di desa Ghazalah, Thus, Khurasan pada 450 Hijrah = 1058 M. (953 tahun yang lalu)
Miskin. Bapanya tukang tenung kain.
Bapanya pencinta ilmu. Doa minta Tuhan kurniakan anak yang jadi ulama. Seronok dapat dua anak lelaki.
Adiknya bernama Ahmad. Namanya Abul Futuh Ahmad bin Muhammad. Gelarannya Mujidduddin.
Bapa mereka tak sempat lihat mereka berjaya kerana meninggal awal.
Diserahkan kepada sahabat bapanya (ahli tasawuf) untuk diasuh. Dipesan sejak sebelum meninggal.

Belajar ilmu fiqh di Thus dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad ar- Razakani.
Belajat tasawuf dengan Yusuf an-Nassaj.

469 H, pergi ke Jurjan. Gurunya Abi Nasar al Ismaili.
Pulang dan tinggal di Thus 3 tahun.

471 H pergi ke Nisapur, di Sekolah Nizamiyah. Gurunya Imam Haramain (Abdul Ma’ali, Dhiauddin al Juwaini). Ilmunya setanding dengan gurunya. Menggantikan gurunya mengajar jika gurunya tidak ada.
Jadi pensyarah di Universiti Nizamiyah pada 475 H. (usianya 25 tahun)
479 H, Imam Haramain meninggal.
Perdana Menteri Nizam al-Mulk (dari Bani Abbasiyah) lantik Imam al-Ghazali ganti Imam Haramain..
Kata Imam Haramain : “Al Ghazali itu lautan tak bertepi...”

pasarmalam posted at 15-3-2011 11:36
NOTA WANGIAN HIKMAH 1.4

Mengajar di rumah Perdana Menteri selama 5 tahun. 2 minggu sekali.
Dilantik pula jadi Presiden Universiti Baghdad.
Khalifah Muqtadi (467 H – 487 H) kirim Permaisuri Raja Malik Syah dari Saljuk pada 485H bernama Terkanu Khatun untuk berurusan Al-Ghazali.


485 H, Raja Malik Syah yang adil itu meninggal.
Perdana Menteri Nizamul Mulk mati dibunuh.
487 H pula Khalifah Muqtadi meninggal dunia.

Mengalami tekanan dalam hidupnya. Jatuh sakit selama 6 bulan. Letak jawatan dan mengembara selama 10 tahun.

488 haji ke Makkah. Terus ke Syam (Syria), Baitul Maqdis, Damsyiq (Damaskus), Mesir. Beribadah di Masjid Al-Umawi. Sampai sekarang ada sudut bernama Al-Ghazaliyyah. Ketika itulah dia mengarang kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.

Pulang kampung dan buka pondok untuk para sufi. Meninggal dunia di sana.

Ada 4 orang anak. 1 lelaki (meninggal ketika kecil) dan 3 perempuan.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)