Daripada Ubadah bin al-Samit r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku telah menceritakan kepada kamu mengenai Dajjal tapi aku takut kamu tidak ingat, sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek, jalannya mengengkang, rambutnya pendek, buta sebelah matanya, tidak tersembul dan tidak pula terlalu ternggelam, jika masih samar-samar kepada kamu (kata Yazid: yakni berkenaan Tuhan kamu) ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Taala tidaklah buta sebelah mataNya dan sesungguhnya kamu tidak akan dapat melihat Tuhan kamu sehingga kamu mati [Kata Yazid: yakni hanya apabila kamu mati barulah kamu dapat melihat Tuhanmu].” [Abu Daud, Ahmad, al-Nasai dalam Sunan al-Kubra].
Dan sesungguhnya Musa a.s memohon kepada Allah untuk melihatNya di dunia dan Allah Subhanah telah menampakkan ZatNya kepada bukit lalu menyebabkan bukit itu berkecai maka dengan itu Allah memberitahu bahawa Dia tidak boleh dilihat di dunia bahkan dilihat di akhirat kelak”. [Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin, 1/72].
Imam Abu Bakar al-Ismaili r.h berkata:
ويعتقدون جواز الرؤية من العباد المتقين لله عز وجل في القيامة، دون الدنيا، ووجوبها لمن جعل الله ذلك ثوابًا له في الآخرة، كما قال : { وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ }{ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ } وقال في الكفار : { كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ } فلو كان المؤمنون كلهم والكافرون كلهم لا يرونه، كانوا جميعا عنه محجوبين، وذلك من غير اعتقاد التجسيم في الله عز وجل ولا التحديد له، ولكن يرونه جل وعز بأعينهم على ما يشاء هو بلا كيف .
Maksudnya: “dan mereka (Ahli Sunnah wal Jamaah) beriktikad bolehnya melihat Allah bagi hamba-hambaNya yang bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla di hari kiamat bukan di dunia dan wajib melihatnya bagi mereka yang Allah telah jadikan melihatNya sebagai ganjaran amalannya di akhirat.
No comments:
Post a Comment