Tuesday, September 27, 2011

manusia hanya boleh dan hanya mampu mengenal sifat, af’al dan asma’ ALLah Taala sahaja.

Zat ALLah Taala tidak akan mampu di capai oleh manusia walau mereka mempunyai akal yang terbaik sekalipun. Sifat, af’al dan asma’ ALLah Taala dapat dikenal melalui bukti kejadian diri manusia dan kewajaran norma akal. Hakikat zat ALLah Taala tidak akan dapat diketahui kerana diri manusia tidak mampu menanggung tajalli zat itu jika manusia berhadapan langsung dengan ALLah Taala. Dan ditegah manusia dari memikirkan hakikat zat ALLah dan hanya dibolehkan memikirkan sifatNya dengan FirmanNya bermaksud “..Tiada mendapat akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat akan segala penglihatanNya” (al-An’am : 103). 

Maka jika tidak dapat dilihat, bagaimanakah akan dapat difikirkan hakikat Zat ALLah Taala itu.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)