Tuesday, September 27, 2011

Tafsiran surah yasin 1-7

 ”Ya Sin, dan Al Quran (Bacaan) yang penuh Hikmah. Sesungguhnya kamu adalah dari diantara pembawa-pembawa utusan atas jalan yang lurus. Diturunkan oleh Maha Perkasa Maha Penyayang – agar kamu beri peringatan kepada kaum dimana nenek moyang mereka tidak pernah diberi peringatan sedangkan mereka lalai. Sesungguhnya telah diperkatakan atas kebanyakan mereka - bahawa mereka tidak beriman.” (36:1-7)
Apabila Allah menetapkan kebanyakan orang-orang Arab itu tidak akan beriman kepada Al Quran ini yang disampaikan oleh pembawa utusan berbangsa Arab – maka ini termasuklah kaum kerabat dan juga sahabat-sahabatnya. Ini diperkuatkan lagi apabila Allah mengatakan dalam sura 9 ayat 97 bahawa orang-orang Arab itu amat keras kemunafikan dan kekafiran mereka. Ketetapan ini tidak bioleh diubah oleh sesiapa – termasuklah oleh mana-mana ulamak atau ustaz-ustaz yang mengatakan sebaliknya atau mereka cuba memberi alasan-alasan lain.

Dalam Al Quran nama-nama seperti Abu Bakar, Omar, Osman, Abu Hurairah atau Aisyah atau nama-nama lain yang dijaja oleh ulamak-ulamak yang sering kita dengar tidak disenaraikan oleh Allah dalam KitabNya – kerana nama-nama ini tidak ada kena mengena dengan kepercayaan sesorang itu kepada Allah.

Sejarah adalah amat penting bagi manusia - dan apabila ianya ada kaitan dengan ajaran Pencipta mereka - maka seharusnya pelajaran ini dikaji selidik dari sumber yang diturunkan oleh Pencipta mereka – bukan dari mulut ke mulut atau hearsay. Misalnya, sekiranya kita ingin mengetahui sejarah tentang Nabi-Nabi Allah sudah pasti sumber yang paling sahih dan tepat adalah dari sumber yang dikisahkan oleh Allah sendiri. Kita amat bertuah kerana kita dapat mewaris sebuah Kitab yang tidak tercemar oleh tanggan-tanggan manusia sepertimana yang terjadi kepada Kitab-Kitab Allah sebelumnya.

Apabila kita kaji dengan teliti Kitab-Kitab Allah yang diturunkan sebelum Al Quran yang telah diberi nama sebagai  Old Testament dan New Testament kita dapati ianya padat dengan cerita-cerita peribadi Nabi-Nabi Allah dari Nabi Adam hingga Nabi Isa Putera Mariam. Cerita-cerita ini tidak pernah diwahyukan kepada mana-mana Nabi - sebaliknya apa yang dicerita dan ditulis adalah hasil dari ide-ide ahli agama Yahudi dan Nasrani. Kitab-kitab ini dimuatkan dengan cerita-cerita keganasan, hukum-hukum jahil yang tidak masuk akal sehinggalah cerita-cerita lucah. Watak Nabi-Nabi Allah diberi gambaran sebagai orang-orang zalim, tidak mempunyai perasaan dan berkelakuan tidak senonoh. Walau seburuk mana cara-cara hidup yang disarankan dalam kitab tersebut - ulamak agama Yahudi dan Kristian berjaya dapat membelenggu minda-minda berbillion manusia mempercayai ajaran-ajaran jahiliah ini. Sejarah berulang sekali lagi apabila orang-orang muslim bersetuju untuk percaya kepada apa yang ditulis oleh ulamak-ulamak dalam kitab-kitab agama mereka yang diberi nama kitab-kitab hadis.

Al Quran diturunkan untuk menyeru pengikut kesemua agama-agama ini yang telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran yang diada-adakan oleh ulamak-ulamak mereka samada jenama agama mereka sebagai Yahudi, atau Kristian atau muslim atau hindu dan selainnya.

Allah memberi jaminan kepada mereka bahawa Al Quran mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkanNya sebelum ini dan ianya adalah satu Furqan atau sebagai hakim diantara yang benar dan yang bathil - terumata sekali kepada pengikut-pengikut agama Arab yang dibelenggu minda mereka dengan ajaran-ajaran ulamak mereka yang tidak ada dalam Kitab Allah.

Adalah menjadi tanggung jawab mereka membuat perbandingan diantara apa yang mereka telah lama percaya dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dalam Al Quran. Dalam Al Quran mereka tidak akan bertemu dengan cerita-cerita dongeng, amalan-amalan ritual serta aktiviti-aktiviti budaya dan tradisi orang-orang Arab pagan.

wassalam

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)