Wednesday, October 19, 2011

Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya




إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Al Hijr: 9)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِٱلذِّكۡرِ لَمَّا جَآءَهُمۡ‌ۖ وَإِنَّهُ ۥ لَكِتَـٰبٌ عَزِيزٌ۬  لَّا يَأۡتِيهِ ٱلۡبَـٰطِلُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَلَا مِنۡ خَلۡفِهِۦ‌ۖ تَنزِيلٌ۬ مِّنۡ حَكِيمٍ حَمِيدٍ۬

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, (41) Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.” (Al Fussilat: 41-42)

Dua ayat diatas jelsa membuktikan bahawa Al Quran itu tetap dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Dipelihara, baik kalimahNya mahupun ayat-ayatNya dan segala isi kandungan didalamnya, tidak akan dapat dicvampuri olh tangan sesiapapun. Dan tidak akanmungkin diseludupi oelh kesalahan yang akan merosakkannya dari manapun juga.

Dalam kenyataannya, Al Quran sejak diturunkan hingga sekarang sudah lebih dari 13 abad lamanya. Pada masa yang sekian lama itu Al quran tidak berubah, tidak bertukar dan memang akan selamanya ia tidak akan berubah atau bertukar atau dicampuri oleh tangan manusia, wlaupun dengan tersalah seayat sekalimah sekalipun.

Adanya beberapa peristiwa sebagai yang tersebut diatas, seperti membaharui tulisannya, mengatur tanda-tanda hurufnya dan lain sebagainya, itu semuanya hanyalah menjadi satu sebab untuk terpeliharanya dari segala macam kesalahan atau kekeliruan dalam bacaannya, kerana memang demikianlah peraturan Tuhan yang harus berlaku.

Seandainya, sekarang ini, didalam Al Quran terjadi kesalahan tulis atu cetak, tentu dengan segera akan diketahui orang, dan segera akan mendapat perhatian serta perbaikan juga, sebgaimana dahulu waktu terjadinya orang melakukan kesalahan dalam membacanya, sekalipun tidak disengajakan.

Adanya para huffaz, sejak dahulu hingga sekarang dan selanjutnya disegenap penjuru dunia dalam lingkungan kaum muslimin, itupun sudah menjadi kehendak Tuhan untuk memelihara kesucian Al Quran nul karim di segala macam kesalahan, baik yang mengenal kalimahnya atau pun ayat-ayatnya dan sebaginya.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا

Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (An Nissa’: 82)

Maksud ayat ini…dengan tegas menyatakan kepada mereka yang tidak [percaya atau ragu-ragui terhadap Al Quran nul karim bahawa ianya diturun dari hadirat Allah SWT. Mengapa mereka itu tidak memperhatikan atau memeikirkan akan Al quran? Kerana jika Al Quran itu bukan dari hadirat Allah SWT, nescaya mereka akan mendapat didalamnya banyak ayat-ayat yang berselisih atau berlawanan.  Lantaran itu…sejak al Quran nul karim diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, banyak diantara manusia terutama dari golongan Arab sendiri, yang tidak percaya bahawa sesungguhnya diturunkan dari HadiratNya. Diantaranya ada yang menuduh bahawa Al Quran nul karim itu adalah ciptaan/karangan Muhammad saw sendiri, padahal, mereka itu tahu, bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah seorang yang ummi seorang yang buta huruf, seorang yang tidak pernah belajar membaca dan menulis dengan atau kepada kepada sesiapa pun dan hidup ditengah-tengah bangsa yang ummi juga, yang tidak banyak mempunyai pengetahuan. Oleh sebab itu….. mengapa mereka berani menuduh bahawa Al Quran nul karim itu bikinan, karaangan atau ciptaan Nabi Muhammad saw sendiri? Adakah mereka tidak memperhatikan dan memikirkan akan al quran , baik susunan katanya, mahupun kehalusan bahasanya dan segala keindahan ayat-ayat yang dibacakan oleh Nabi Muhammad saw itu?

wassalam

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)