Ku Iskandar
Ya Rabbi, selawat dan salam buat junjungan besar Datukanda kami Rasulullah SAW, kami bersyukur tidak terhingga kehadratMu, dengan segala kedhaifan kami(MQTK), Engkau tetap menerima tagisan dan rayuan taubat seluruh ahli kerabat kami di Ka'abahMu dengan TanganMu(Hajaral Aswad), sedangkan ramai manusia yang tidak Engkau izinkan.
Kami tidak tahu di zaman manakah kami ini sebenarnya kecuali Engkau yang maha mengetahuinya dan kami tidak mengetahui sipakah manusia yang ramai-ramai di sekeliling kami ini (lebih 5 billion) sama ada mereka kecintaanMu atau kebencianMu, namun kami merayu hindarilah kami dari yang telah Engkau tetapkan tertolak di Tanah SuciMu itu sejauh jarak timur dan barat dari dunia sampai akhirat dan hampirkanlah kami sebagaimana hampirnya urat nadi kami dengan para kekasihMu yang telah Engkau tetapkan itu.
Engkau jualah Maha menyaksikan bahawa kami telah bersumpah atas namaMu dan RasulMu serta kitab suciMu bahawa kami(MQTK) akan sanggup menempuhi segala sesuatu di dunia ini kecuali, hanya SU'UL KHOTIMAH.
Justeru ampunilah kami semua dan selamatkanlah kami dari bala musibah besar dunia akhirat di bawah naungan Raja-Raja Melayu yang telah Engkau ketahui dari itrah pembina dan panjaga RumahMu di muka bumi ini hingga ke Telaga Haud ya Rabbi, Ya Alim, ya Quddus. amin.
No comments:
Post a Comment