Wednesday, December 28, 2011

UBADAH BIN AS-SOMIT : ”DEMI KEBAIKAN, AKU MENGKRITIK”


Orang yang tidak membaca sirah para sahabat, mungkin agak kurang mengenali seorang sahabat bernama Ubadah bin As-somit. Mengetahui kisah beliau tanpa mengetahui beliau adalah sahabat, pasti ada orang mendakwa beliau adalah seorang yang biadap, tidak beradap dan kurang ajar dengan pemimpin islam. Malah, tidak mustahil beliau akan mendapat tempelan seorang yang mempunyai hati yang busuk, tidak ikhlas dan takkabbur.

Ubbadah bin As-Somit adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.

Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;


جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء

Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda'"


Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.

Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.

Tindakan Ubbadah itu menyebabkan muawiyyah agak marah, menyebabkan Ubbadah terus menyebut;


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب "


Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka
."
Semasa hayat, beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun. Semuanya ekoran dari sumpahnya tidak mahu memegang sebarang jawatan ekoran mendengar pesanan nabi terhadap kesusahan di akhirat nanti apabila memegang jawatan.

Pernah di zaman Omar menjadi Khalifah, beliau dipujuk agar memegang jawatan, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau menyebabkan Omar akur.

Beliau amat mencontohi kehidupan Omar bin AlKhattab yang bersifat zuhud, menyebabkan beliau amat tidak suka dengan sikap Muawiyyah yang dilihat seakan-akan bermewah-mewah. Menyebab beliau menjadi pengkritik tegar terhadap pemerintahan Muawiyyah ketika berada di palestine.

Muawiyyah amat tertekan dengan kritikan tegar itu, menyebabkan menghantar balik Ubbadah agar berada di Madinah. Semasa berada di Madinah, menyebabkan Omar bin Al-Khattab pelik dan bertanya kepada beliau mengapa beliau berada di Madinah. Ubbadah menceritakan semuanya kepada Omar, menyebabkan Omar minta agar Ubbadah pergi juga ke Palestine sekali lagi dan memantau pergerakan Muawiyyah. Dan Omar pun mengirim sama surat kepada Muawiyyah tentang arahan beliau agar Ubbadah berada di Palestine untuk memantau pergerakan Muawiyyah itu.

Di zaman Nabi SAW, keluarga Ubbadah pernah melakukan perjanjian dengan orang Yahudi Bani Qainuqa’. Apabila berlaku peperangan Uhud, dilihat puak-puak yahudi qainuqa’ melampau, menyebabkan Ubbadah terus bertindak memutuskan perjanjian tersebut agar tidak menjadikan Ubbadah teragak-agak untuk menyerang yahudi tersebut.

Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat Al-Quran yang berbunyi:


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ


Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”

(Surah Al-Maidah : 56)
.


Tubuh badan Ubbadah tinggi lampai, dan boleh dikategorikan sebagai lelaki yang hansome. Beliau tinggal di Baitul Muqaddis, dan meninggal dunia di Ramalah pada tahun 43 daripada hijrah, sewaktu umurnya 72 tahun. Dalam kitab Ar-Rijal Haul rasulillah SAW menyebut, Ubbadah meninggal dunia pada tahun 34 hijrah. Menurut riwayat lain, beliau meninggal dunia di zaman Muawiyyah jadi Khalifa
h

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)