Cara para penulis wahyu Al Quran dizaman Nabi saw itu menulis dan meletakkan ayat dan surah Al Quran adalah dengan pimpinan atau petunjuk Nabi saw.
Kata Uthman bin Affan r.a: " pabila turun surah yang mengandungi beberapa ayat lalu apabila turun lagi satu ayat kepadanya, dia segera memanggil orang yang menulis(sipenulis), lalau beliau saw, bersabda:" Letakkanlah ayat-ayat ini didalam surah yang disebut didalamnya ini..... dan ini......."
(H.R Imam Ahmad, Tarmidzi, Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Hiban)
Kerana pada setiap kali malaikat Jibrail a.s datang kepada Nabi saw, dengan membawa wahyu, adalah dengan menerangkan pula tertibnya ayat dan surah yang datang itu, dimana harus diletakkan menurut perintah Allah SWT. Dengan demikian tentu saja Nabi saw, sewaktu memerintah kepada para penulisnya supaya ayat-ayat yang baru diturunkan itu dituliskan dan diterangkannya juga tentang letaknya ayat-ayat dan demikianlah selanjutnya.
Jadi sekalipun bagaimana susah dan sulitnya para penulis yang mencatatkan ayat-ayat Al Quran itu dalam mengatur dan menghimpunkannya mereka tetap taat dan patuh terhadap apa yang diperintahkan oleh Nabi saw.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abas r.a Nabi saw, pernah bersabda:
"Jibrail a.s telah membaca Al Quran kepadaku atas bacaan satu jenis huruf, lalu aku berulang-ulang kali mengharapkan tambahan kepadanya, lantas ia menambah kepadaku, lalu aku selalu mengharapkan tambahan lagi kepadanya, kemudian ia menambahi lagi kepadaku, hingga sampai tujuh jenis huruf."
Maksudnya: Dikala malaikat Jibrail a.s membacakan Al Quran kepada Nabi saw, mula-mula dengan seperti bacaan huruf yang diucapkan oleh bangsa Arab Quraisy saja; tetapi beliau lalu mengajukan permintaan kepadanya, supaya bacaan Al Quran itu janganlah terbatas dengan sejenis huruf yang telah biasa diucapkan oleh lidah bangsa Quraisy saja, kerana suara lidah bangsa Quraisy bermacam-macam. Oleh itu, malaikat Jibrail a.s memperkenankan permintan Nabi saw dan diberikan tambahan dua, tiga jenis yang selanjutnya lantaran Nabi saw sentiasa mengajukan permintaan tambahan sampai tujuh jenis huruf yang telah dikenal oleh bangsa Arab, dan yang telah dimengertikan oleh bangsa Arab Quraisy pada umumnya.
Berhubung dengan itu, maka Nabi saw mngajarkan Al Quran kepada para sahabatnya pada waktu itu, dengan tujuh jenis huruf(bacaan) yang biasa dilidah bangsa Arab dan yang telah dikenal oleh bangsa Arab Quraisy atau dengan perkatan lain; dengan tujuh macam dialek bangsa Arab dikala itu.
Perlu dijelaskan bahawa hadis Rasulullah saw yang mengandungi erti bahawa Al Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf itu, tidak saja seperti yang tetera diatas tapi ada juga yang lainnya diantaranya ada yang bererti demikian:
"Sesungguhnya Al Quran itu; diturunklan atas tujuh huruf, maka bacalah olehmu barang yang semudahnya."
(H.R Imam Bukhari, Muslim dan lain-lainnya darti Umar bin Al Khatab r.a)
No comments:
Post a Comment