"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau
itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu.
Lalu
mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah
kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya
kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di
antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita
tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya."
Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut
bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati
yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada
Allah.
No comments:
Post a Comment