"Di
antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi
Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala
tenteranya dalam Laut Merah.
Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi
menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang
membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).
Mereka mengkaji
tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri.
Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad,
maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya
menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi
Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang
berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah
mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran
selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di
Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10
Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab
Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan
kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa
pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’
Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada
kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga.
At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda
bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’.
Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak.
(Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi
di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam
syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur
asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam
secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa
as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya
walaupun tiada bukti saintifik.
artikel berkaitan:
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
LAKARAN artis
menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri)
dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut
Merah.
BOULDER,
Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran
kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci
al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. Satu
kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari
Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu
tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran
menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan
tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di
antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan
mereka.
Kumpulan saintis itu
yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut
terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai
Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan
menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa
laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang
dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam
(km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu
berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan
komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin
yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
No comments:
Post a Comment