Kita
selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari
kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.
Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada
suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
tetapi
apabila
beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada
Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak
dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah
itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"
Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan
bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil
beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka
kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu
Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang
mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1.
Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3.
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.Kemudian
tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan
dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian
pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa
malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut
riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu
roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa
200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah
roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya
kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
Kemudian
ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
Maka
ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap
sampai
ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.
Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian
cantik dan halus.
Begitulah
proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna
sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama.
Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang
begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100
tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.
Petikan dari Himpunan KISAH-KISAH MALAIKAT
No comments:
Post a Comment