Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Dibesarkan
di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald
terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan
Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi
lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota
keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.
Tidak
hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap
kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald
mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau
kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan
oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai
Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.
''Saya
mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara
keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata
muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang
belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah
sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau
sering mendapatkan penghargaan.
Penglibatan
Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus
berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat
secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap
memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus
diadakan untuk anak muda seusianya.
Khutbah
yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat
lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja.
Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.
Ketika
melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan
kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan
agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di
dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam
mempelajari dan mengkaji agama Islam.
Sebenarnya
Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan
dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan
sama sekali.
Tetapi
untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk
membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca
pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar
pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran
terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.
Pihak
Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya.
Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti
Harvard.
Untuk
mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai
seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam
tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari
pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .
Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity School pada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.
Aktivitinya
sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula
bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah,
pejabat, dan lain-lain.
Meninggalkan
Aktiviti Gereja
Pelbagai
usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap
kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya
moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan
keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.
Melihat
kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi
menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula
beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya.
Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai
banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya
adalah dengan Jamal.
Babak
Pergaulan Dengan Arab Muslim
Pertemuan
Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991.
Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan
sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini,
Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan
isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.
Ketika
waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam
surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal
itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di
dalam agama Islam.
Jamal
dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya
terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
Dari
perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan
baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang
dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal
dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan
kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi
contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.
Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.
Pada
Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut
Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat
Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi
nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan
hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya.
Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.
Kejadian
Yang Tak Diduga
Untuk
menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam
tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya
mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata
hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian
yang dianutinya.
Walaupun
demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam.
Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang
Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru
sebagai seorang muslim.
Walaupun
begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada
awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di
sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca
Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan
senyum ke arah Jerald.
Selepas
itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu
seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang
telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh
suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald
seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu
perkatan: Tidak.
Namun
ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald
meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab
pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya
percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda
bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan,
maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya
berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina
kepercayaan yang benar-benar kuat.''
Ikut
Berpuasa Dan Solat
Ketika
memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan
Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan
isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan
Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu
bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari
Timur Tengah.
Kunjungan ke Amman memberikan sejuta
makna kepada Jerald
Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.
Ketika
Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki
tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan
tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang
Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak
tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya
bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai
berbahasa Arab.
Mengikrarkan
Keislaman
Ketika
itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan.
Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau
berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan
tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.
Setelah
berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan
perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah
memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.
Selepas
kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang
paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran
Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan
mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kini
hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata
dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan
Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca
televisyen.
Salah
satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between
Christianity and Islam".
No comments:
Post a Comment