Diambil
dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan
Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan,
hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini
berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang
dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana
pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun.
MasyaAllah!!
Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera
Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam
Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina
sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji
Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan
kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat.
Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW
bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah
sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'.
Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah. Ikan
Kekacang 'Jangan makan ikan Kekacang' atau dalam dialek Kelantannya 'Jange Make
Ike Kaceng!'. Itu adalah sumpah keramat datuknenda kita YM Syed Hussein
JamadilKubra Nusantara kepada anak cucu zuriat kerabat keturunannya sahaja.
Diulang.. zuriatnya sahaja!
Peristiwa wasiat ini berlaku apabila baginda Syed Hussein
JamadilKubra berlayar menuju utara setelah peristiwa tragis 'pokok Pinang
terbelah dua dengan panahan mata sahaja sehingga menyebabkan pembunuhan
adindanya Sheikh Qamaruddin di tangan Raja Tumasek (Singapura). Dalam Pelayaran
itu, kapal baginda telah hampir karam di laut ekoran dipukul ombak ganas; Dan
dalam keadaan cemas dan genting itu, setelah membuat solat hajat alKubra,
baginda Syed Hussein Jamadilkubra pun bernazar untuk mendirikan sebuah masjid
jika terselamat dari bencana itu. Akhirnya doa waliAllah itu makbul di mana
sekumpulan ikan Kekacang (Ikan Kekacang berpuak) telah datang secara tiba-tiba
menutupi lubang-lubang kapal yang bocor. Manakala yang bersaiz besar pula (Ikan
Kekacang boleh sampai ke siaz maksimun) menolak kapal itu ke daratan beramai-ramai.
Bukan main susah payah 'ike kaceng' tu menolong datuk-nenek kita,
masyaAllah-Subhanallah!!
Apabila sampai di daratan, baginda dan angkatannya
terasa amat letih, dahaga dan kelaparan. Tiba-tiba satu Petunjuk dari Allah
melalui makhluknya Tupai Putih (seperti Labah-Labah atau burung di zaman nabi)
yang tiba-tiba terlonjat-lonjat di hadapan baginda dan akhirnya berlari menuju
ke serumpn pohon Buluh Betong lalu memakan umbut atau rebungnya, tanpa apa-apa
masalah. Lantaran itu, baginda telah mengarahkan angkatannya memakan umbut itu
untuk menghilangkan kelaparan bersama-sama beliau. Setelah kekenyangan, baginda
telah bernazar dan bersumpah supaya zuriat keturunannya tidak boleh lagi
memakan Ikan Kekacng dan Rebung Buluh Betong sebagai satu tanda syukur di atas
pertolongan Allah yang diberi kepada mereka dan tanda terimakasih kepada Ikan
Kekacang kerana kerana menolong. Ironinya, mana-mana ahli kerabat yang
melanggar pantang-larang datuk-nenek akan tertimpa musibah seperti kena
penyakit gatal-gatal berbintil, kudis, gila atau sebagainya.
MasyaAllahhulaquwatailabillah.... nota: Untuk Pendaftaran MQTK, sila hubungi YM
NIK SAIDINAL UMAR B. YM HJ.CHE SOLAHHUDDIN Setiausaha Agong MQTK di nombor
019966167988-09-KEL no pendaftaran MQTK VIDEO AHLULBAIT MELAYU Jange Make Ike
Kaceng- Wasiat Tok Su Che Bongsu (2008M)
_________________________________________
No comments:
Post a Comment