16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Anda jangan
terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal
tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.
Ia bakal mengulangi apa yang pernah
berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab
ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.
Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan
kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.
Dalilnya dirakam dalam al Quran surah
Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya
begitu subur.
Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof
Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula,
prosesnya sedang berlaku sekarang.
“Kutub utara mulai mengalami pencairan
air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami
perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun
kebelakangan ini.
“Saintis berpendapat bumi Arab akan
dipenuhi kembali dengan anak sungai,” katanya ketika membentang kertas kerja
pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.
Beliau membentang kertas kerja bertajuk
“Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala”.
Manakala kertas kerja pertama dibentang
Dr Nor Azma Mat Zin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM bertajuk
“Penciptaan Manusia Antara Sains dan Al Quran”.
Wacana tersebut dianjurkan Jabatan
Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk
Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.
Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik
mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud
“Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.
“Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.
Beliau juga mendakwa Belanda akan
menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga
negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.
Katanya juga Tabu’ sekarang menjadi
pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan
kering kontang.
Malah semenanjung Arab juga berjaya
menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.
“Penyelidikan satelit tentang muka bumi
Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di
Yaman.
“Begitu juga Bandar Iram ditemui
tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas,”
katanya.
Menteri Besar pula berkata, al Quran
dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mujizat yang
diturunkan kepada Rasullah SAW.
Menurutnya juga pelajar sekolah agama
di bawah Yayasan Islam Kelantan berpeluang mempelajari lebih banyak penemuan
sains dalam al Quran memandangkan mereka sudah mendalami ilmu al Quran.
sumber berita
No comments:
Post a Comment