by Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk on Friday, 24 February
2012 at 21:27 ·
JAWAPAN YDP. MQTK ;
1. Al-Quran itu bukan makhluk yang diwujudkan oleh sesiapa, tetapi Al-Quran adalah kata-kata Allah yang tidak pernah terpisah dari Zat Allah dan kata-kata Allah@Al-Quran itulah yang mewujudkan/mencipta segala sesuatu bermula cahaya/nur kekasihNya kemudian tanah, air, api, angin dan semua dari 4 unsur itu sama ada syurga, neraka, ruh, nafsu, jin, iblis, manusia, malaikat, langit, bumi dan sebagainya yang kita nampak atau yang kita tak nampak ini.
2. Justeru itu dalam pengajian sifat 20 Aqidah Islam ASWJ Mazhab Imam As-Syafie ini, Al-Quran itu dijelaskan bersifat "QADIM" iaitu sediakala atau azali, tiada awal dan akhirnya(lawannya Muhdas@baharu@makhluk@yang dicipta).
3. Oleh kerana Islam itu melalui Al-Quran/kata-kata Allah, maka Islam itu juga wajib bersifat tiada awalnya. Semua makhluk yang disebutkan di atas adalah "ISLAM". Maka Islam itu adalah milik Allah atau Al-Quran dan Allah melantik Muhammad selaku "PENGHULU" sekalian ciptaan/makhluk ini dan Penghulu itulah yang mengislamkan semua makhluk Allah tersebut kemudiannya.
4. Al-Quran kata-kata Tuhan yang lengkap 30 juz, 114 surah itu kemudiannya hanya baru diturunkan ke bumi kepada penghulu sekalian makhluk dan penutup kelahiran sekalian Rasul & Nabi ke bumi, iaitu Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun lalu di Makkah untuk dikitabkan/disalin/dibukukan sama ada menggunakan kertas/kulit/kayu dan tinta/dakwat atau pelbagai bahan (disebut "Musyhaf" @ "Musyhaq") untuk seterusnya disebar kepada manusia & jin sebelum kiamat.
5. Sebelum Al-Quran lengkap 30 juz, 114 surah diturunkan di Makkah, Allah telah menurunkan beberapa bahagian isi Al-Quran melalui "kitab-kitab syariat" iaitu sebanyak 103 buah kepada 312 Rasul dan 124,000 Nabi sebelum itu. 3 Buah kitab syariat dan 24 orang Rasul terdahulu ada dijelaskan dalam Al-Quran. Selebihnya tidak dijelaskan dalam Al-Quran dengan tepat dan tidak diwajibkan ke atas kita mengetahuinya.
6. Semua Rasul & Nabi terdahulu itu adalah beragama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kita, bermula sejak Nabi Adam lagi, cuma berbeza syariatnya mengikut zaman masing-masing contohnya syariat zabur dibawa oleh Nabi Daud a.s, syariat Taurat oleh Nabi Musa a.s dan syariat Injil oleh Nabi Isa a.s.
7. Agama tetap hanya satu iaitu ISLAM sejak belum makhluk dicipta, cuma Syariat(undang-undang) yang berbeza. Dan bila Al-Quran telah diturunkan, semua pengikut kitab syariat terdahulu wajib hanya mengikut Al-Quran kerana ia membatalkan semua syariat terdahulu. Jin atau manusia yang enggan ikut Al-Quran itu disebut "KAFIR".
8. Iblis yang bertanggungjawab menyesatkan cucu-cicit Nabi Adam a.s yang pemalas belajar dan suka ikut hawa nafsu, jadi jahil murakkab seterusnya hingga terbentuk pelbagai agama palsu/sesat di sepanjang zaman itu. Semua manusia sesat itu akhirnya dipaksa kembali kepada asal Agama Islam yang satu ini oleh Nabi Isa a.s sebelum kiamat. Harap maklum. Tq.
RUJUKAN ASWJ ; 1. Al-Quran 2. Hadis Sahih Muslim, Bukhari etc. 3. Kitab Ijmak Ulama 4. Kitab kias
No comments:
Post a Comment