Aqidah merupakan sudut ilmu keyakinan dan syariah merupakan sudut taklif dalam pengibadatan, muamalat, jenayah dan sebagainya.
- Manusia sangat berhajat kepada aqidah Islamiah kerana dengannya tiga persoalan manusia dulu dan sekarang dapat terjawab dengan sejelas-jelasnya.
- Segala amalan seseorang tidak berguna tanpa aqidah walaupun seseorang itu beramal atau melakukan kebaikan sebanyak mana sekali pun.
- Manusia tanpa aqidah adalah seperti haiwan. Musuh Islam sentiasa berusaha agar umat Islam berpisah daripada aqidah mereka agar senang mereka dikuasai dan dijajah dari segi luaran dan dalaman. Dari segi bahasa Tauhid diiambil dari perkataan "Ahad" yang bererti Satu atau Esa.Dari segi istilah ia bermaksud mengEsakan Allah dalam ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepadanyaNya sahaja dan tidak mensyirikkanNya (menyekutukannya) dengan sesuatu.
Ilmu aqidah juga disebut sebgai Ilmu Tauhid atas dasar tujuan aqidah Islam yang utama iaitu mentauhidkan Allah dalam segala jenis ibadat. Sumber aqidah yang sebenar mestilah hanya berdasarkan "wahyu" dari Allah s.w.. Dan wahyu yang diturunkan kepada rasulnya adalah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Al-Quran dan al-Sunnah.
Al- Quran adalah kalam Allah, lafaz dan makna daripada Allah. Merupakan mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Manakala Al Sunnah pula adalah segala yang lahir dari Rasulullah s.a.w. samaada ia berupa ucapan baginda, perbuatan atau pengakuan baginda terhadap perbuatan atau percakapan orang lain di hadapan baginda.
Ilmu tauhid bertujuan untuk mengangkat kepercayaan seseorang dari lembah taklid ke puncak keyakinan. Itulah sebabnya ilmu tauhid dianggap sebagai “induk ilmu-ilmu agama”.
Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian:
1) Tauhid Rububiyyah
2) Tauhid Uluhiyyah
3) Tauhid al-Asma' wa al-Sifat
Peranan hamba yang hakiki meliputi dua perkara:
1) Kepercayaan, ia meliputi empat perkara berikut:
i) Perkara-perkara uluhiyyat
ii) Nubuwwat
iii) Ghaibiyyat
iv) Rohaniyyat
2) Amalan, meliputi dua perkara:
i) Buat apa yang disuruh (ibadah)
ii) Tinggalkan apa yang dilarang (maksiat)
KEIMANAN kepada Allah s.w.t. dengan cara yang sebenarnya akan membuahkan perkara berikut kepada orang-orang mukmin:
1) Pasti akan mentauhidkan Allah s.w.t. dengan tidak meletakkan sebarang pengharapan atau takut kepada selainNya dan tidak menyembah selainNya.
2) Sempurna kecintaannya kepada Allah s.w.t. dengan membesarkan nama-nama dan sifat-sifatNya.
3) Pasti beribadah kepadaNya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.
No comments:
Post a Comment