Wednesday, September 30, 2009

AZAB KUBUR DAN SOALAN MALAIKAT

Wajib kita beriman kepada perkara yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada fitnah dalam kubur, soalan daripada dua orang malaikat yang akan bertanya tentang Tuhan, agama dan rasul sebagaimana sabit dalam beberapa hadith sahib menjelaskan bahawa manusia akan disoal dalam kubur:

"Siapakah Tuhan kamu?
Apakah agama kamu?
Siapakah nabi kamu?"
 
Seorang yang beriman akan menjawab:
 
"Tuhan kami ialah Allah."
Agama kami ialah Islam." 
Nabi kami ialah Muhammad s. a. w"
 
Ada pun orang yang ragu ragu, maka dia menjawab:
"Saya tidak tahu. Saya mendengar orang berkata sesuatu, saya pun turut perkataannya"
Lalu dia dipukul dan diseksa.
 
Di antara hadith hadith yang menjelaskan demikian ialah:
 
     1.      Daripada Asma' bahawa Rasululiah s.a.w. bersabda: 

"Tidak ada suatu perkara yang belum diperiihat kepadaku melainkan dapat juga aku meiihatnya di tempatku ini, sampai kepada syurga dan neraka pun (diperlihatkan kepadaku), kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji di dalam kuburmu yang semacam atau hampir dengan fitnah al Masih ad Dajjal."

Kepada setiap orang akan ditanyakan:
"Apakah yang kamu tahu tentang lelaki ini (yakni Nabi Muhammad)?”


Ada pun orang yang beriman atau orang yang mempercayai dia akan menjawab:
“Dia adalah Muhammad utusan Allah, dia datang kepada kita semua dengan membawa keterangan keterangan yang nyata dan petunjuk yang lurus, kita semua menyahuti seruannya dan mengikutinya. Kata kata ini diucapkan olehnya tiga kali.”

Maka dikatakan kepadanya:
“Tidurlah sebagai orang yang saleh, kami telah riiengetahui bahawa kamu memang percaya kepadaNya. Sebaliknya orang munafiq atau orang yang masih ragu raga akan menjawab:
Aku tidak mengerti, aku mendengar orang orang sama mengatakan sesuatu, jadi aku mengatakan seperti kata kata orang orang itu." 

 2.      Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ia, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila diletak seorang hamba di dalam kuburnya dan berpaling balik oleh sahabat sahabatnya, sesungguhnya dia mendengar daripada selipar mereka, sambung baginda lagi  Datang kepada hamba itu dua orang malaikat, kemudian kedua dua mendudukkannya lalu menanya: Apakah engkau telah katakan terhadap lelaki ini (yakni Nabi Muhammad)? “ 

Ada pun orang mukmin akan menjawab:
"Saya menyaksi bahawa, dia adalah hamba Allah dan rasulNya, lalu dikatakan kepadanya:

Lihatlah tempat kediaman engkau di dalam neraka sesungguhnya Allah telah menukarkannya menjadi tempat kediaman di dalam syurga."

Sambung baginda lagi:
“Maka dia dapat melihat kedua dua tempat kediamannya”.

Berkata Qatadah:
"Maka dibuka luas baginya di dalam kubur itu seluas tujuh puluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kekayuan hingga kepada Hari Kebangkitan".

 Ada pun orang munafiq dan kafir maka ditanya:
“Apakah telah kamu katakan terhadap lelaki ini?”

Dia menjawab:
"Saya tidak tahu, saya berkata menurut orang ramai berkata."

Lalu dijawab:
"Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui lalu dipukulnya dengan pemukul dari besi dengan pukulan yang dia menjerit (kesakitan) didengari oleh semua kecuali manusia dan jin sahaja." 

 3.      Daripada al Bara' bin 'Azib r. a. daripada Nabi s. a. w. baginda bersabda:
"Firman Allah: diturunkan mengenai seksa dalam kubur."

Ditanya  simati:
“Siapakah Tuhan kamu?”

Maka dia menjawab:
“Tuhan kami Allah, Nabi kami ialah Muhammad s. a. w.”

Maka itulah dia makna firman Allah maksudnya:
Allah menetapkan orang orang yang beriman dengan perkataan yang tetap dalam hidup di dunia ini dan di akhirat. “
Dan ada beberapa hadith sahih yang lain mengisbatkan adanya fitnah/ujian di dalam kubur dan soalan dua orang malaikat.

By: Perihatin



No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)