بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“Dengan nama (1)Allah (2)yang maha Rahman(3) lagi maha Rahim(4)”
(1)Dengan nama
Semoga Allah merahmati-memulakan setiap ucapan atau setiap tutur bicara atau setiap permulaan kerja setiap bacaan dengan basmallah sebagai mengikuti kitabullah, Al Quran kerana Al Quran dimulakan dengan basmallah.
Juga, sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. kerana baginda memulakan surat-suratnya dan risalah-risalahnya dengan basmallah.
Perkataan dengan nama ‘Allah’, adalah berhubungkait dengan kata kerja itu diakhirkan sesuai dengan dengan kata kerja yang terhapus. Kata kerja itu diakhirkan sesuai dengan kedudukan. Penafsirannya ialah:
“Dengan nama Allah saya menulis”.
Kita takdirkan-tafsirkan-dengan kata kerja kerana asal pada suatu amalan adalah perbuatan-perbuatan. Dan kami takdirkan kedudukan kata kerja itu diakhir kerana dua faedah:
- Mengharapkan berkat dengan memulakan nama Allah SWT
- Sebagai membatasi pada nama Allah sahaja kerana mendahului sususan kata itu menunjukkan pembatasan.
Kami takdirkan pula bahawa kata kerja tersebut mestilah yang sesuai kerana ianya akan lebih menjelaskan maksud kerana sekiranya kita mengatakan kita ingin membaca buku dengan ucapan:
“Dengan nama Allah kami memulakan”.
Maka kita diketahui dengan apakah kita memulakan. Tetapi, andaikata kita ucapkan:
“Dengan nama Allah kami membaca”,
Maka ucapan ini lebih menjelaskan maksud perbuatan yang dimulakan dengan nama Allah.
(2) Lafaz Al Jalalah iaitu ٱللهِ – adalah nama Allah yang maha Agung. Allah adalah nama yang diikuti oleh semua nama lain. Oleh itu, Allah berfirman:
“سُوۡرَةُ إبراهیم
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓرۚ ڪِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ (١) ٱللَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ وَوَيۡلٌ۬ لِّلۡكَـٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ۬ شَدِيدٍ (٢)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
“Alif, Laam, Raa`. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).” (Ibrahim: 1-2)
Kami berpendapat bahawa lafaz Jalallahٱللهِ- bukan sifat, bahkan ianya adalah ‘Athaf bayan’ (penggabungan yang berfungsi sebagai penjelasan) supaya lafaz itu tidak menjadi ‘Tabi’ (yang mengikuti) seperti mana dalam na’t dan mani’ut. Oleh sebab itulah para ulama mengatakan bahawa ‘isim Ma’rifah’ (kata nama yang tertentu) yang paling khusus adalah lafaz- ٱللهِ- kerana lafaz iniu tyidak menunjukkan nama lain selain Allah ‘azzawajalla’.
(3) Ar Rahman ialah salah satu daripada nama-nama yang dikhususkan bagi Allah. Ianya tidak boleh digunakan secarqa mutlak untuk menyebut selain Allah. Ar Rahman bermaksud yang bersifat dengan ‘ rahmat’-kasih sayang yang luas.
(4) Ar Rahim ialah nama yang digunakan untuk Allah ‘azzawajalla’ dan juga untuk yang selainNya. Ar Rahim bermaksud yang memiliki sifat kasih saying yang berterusan. Ar Rahman ialah yang memiliki kasih saying yang luas. Apabila kedua-duanya iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim digabungkan dalam satu susunan ayat, maka Ar Rahim bermaksud ‘kasih saying yang menyampaikannya kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-hambaNya yang Dia kehendakki sepertimana firman Allah SWT:
“سُوۡرَةُ العَنکبوت
يُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ وَيَرۡحَمُ مَن يَشَآءُۖ وَإِلَيۡهِ تُقۡلَبُونَ (٢١)
“Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang ingkar) dan Dia juga yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang beriman) dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan (untuk menerima balasan).“ (Al Ankabuut: 21)
Petikan dari kitab Kasyfus subhat
Oleh : Perihatin
No comments:
Post a Comment