سُوۡرَةُ النِّسَاء
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا (٤٨)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (An Nisaa’: 48) (2)
Apabila engkau telah mengetahu apa yang telah disebutkan kepadamu tentang pengetahuan hati (1) dan engkau mengetahui tentang syirik terhadap Allah dimana Allah menyatakan dalam firmanNya seperti diatas.
Engkau mengetahui bahawa agama Allah yang dibawa oleh Rasul-RasulNya dari pertama hingglah terakhir dimana Allah tidak menerima seseorang yang menjadikan agama selainNya (2) dan engkau mengetahui apa yang terjadi pada kebanyakkan manusia yang jahil mengenai perkara ini (4)
(1) Iaitu engkau telah mengetahui makna kalimat : ّ لا إله إلاَّ الله” yang benar iaitu “tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah”.
(2) PARA Ulama – rahimahumullah telah berselisih faham akan pendapat tentang ayat ini. Adakah ianya merangkumi semua bentuk syirik ataupun hanya khusus mengenai syirik Akhbar. Ada pendapat bahawa ayat ini mengenai semua bentuk syirik termasuklah juga syirik Ashgar (syirik kecil) seperti bersumpah dengan selain nama Allah hukumnya Allah tidak akan mengampuninya.
Walau bagaimanapun, wajib untuk berwaspada daripada syirik secara umum. Ini kerana keumuman ayat tersebut boleh memasukkan syirik Ashgar.
Sebab firman Allah : أَن يُشۡرَكَ بِه Ertinya: “Bahawa Dia disyirikkan”. Perkataan:” أَن” dan perkataan sesudahnya sebagai ‘takwil Masdar’. Pentafsiran masdar (kata terbit). Iaitu tafsirannya : “َُ إشرَكأَ بِه Ertinya: “Pensyirikkan terhadapNya”. Ianya adalah “nakirah” (umum) dalam bentuk ayat ‘Penafian’ yang memberikan faedah ‘keumuman’.
(3) Iaitu beribadah hanya kepada Allah semata-mata sepertimana firman Allah SWT.
سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدُونِ (٢٥)
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.” (Al Anbiyaa’: 25)
Ianya adalah agama Islam dimana Allah menyatakan menerusi firmanNya:
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٨٥)
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Ali-imran: 85)
(4) Bermaksud: “Dengan makna kalimat ini telah yang telahpun disebutkan diatas dalam pernyataan
Ertinya:
“Maka amat menghairankan bagi orang yang mendakwa dirinya sebagai orang Islam, sedangkan dia tidak mengetahui makna kalimah ini….”.
Engkau akan memperolehi dua faedah: (1) Gembira dengan kemuliaan dan rahmat Allah seperti mana firman Allah SWT:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).” (Yunus: 58)
Takut yang amat besar (2)[dari melakukan syirik]
(1) Perkataan : “ افا دِكَ ” Ertinya: “Engkau akan memperolehi ( faedah) sebagai jawapan daripada pernyataanya: “ َِۡاذاعرفتَِۡ مَا نكر ت لكَ ”
Ertinya: “apabila engkau telah mengetahui apa yang telah saya sebutkan kepadamu….”
Dia akan memperolehi perkara tersebut (dua faedah) dari dua sudut:
Pertama:
Bahawa Allah SWT membuka hatimu sehingga engkau dapat mengetahui makna yang benar daripada kalimat yang agung ini iaitu: : ّ لا إله إلاَّ الله”
Ini merupakan kurnia yang amat besar dan rahmat daripada Allah. Kegembiraan dengan memperolehi nikmat seperti ini adalah diantara perkara yang diperintahkan oleh Allah untuk bergembira mengenainya. Dalilnya seperti apa yang disebutkan diatas. Mengenai firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ یُونس
قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ (٥٨)
"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)."(Yunus: 58)
Kegembiraan seseorang hamba terhadap nikmat Allah yang diberikan kepadanya berupa ilmu dan ibadah adalah diantara perkara yang dipuji sepertimana yang terdapat dalam hadith yang berbunyi:
“Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: bergembira ketika berbuka puasa dan bergembira ketika bertemu Tuhannya.” (bukhari: kitabus-Saum dan muslim kitabus-siyam fadhilat al syiam)
(2) Ia itu daripada engkau mengerjakan seperti apa yang mereka kerjakan yang tidak mengetahui makna kalimat itu dan ia adalah bahaya yang amat besar.
Kami memeranginya disebabkan kekufurannya itu. Oleh kerana dia telah mengetahui agasma yang dibawa oleh rasul, tetapidia tidak mahu mengikutinya. Dia telahpun mengetahui syirik namun dia tidak meninggalkan syirik itu. Sedangkan dia tidak membenci terhadap orang yang mengikuti agama rasul dan tidak pula membenci terhadap orang yang mengikuti rasul itu. Dia tidak pula memuji-muji syirik dan tidak mempengaruhi orang lain untuk melakukan syirik.
Kedua:
Orang yang telah mengetahui tauhid. Akan tetapi ternyata dia menghina agama yang dibawa oleh Rasul. Sedangkan dia mendakwa dirinya melaksanakan ajaran Rasul itu. Telah ternyata dia memuji-muji orang yang beribadah kepada Yusus al-Ashgar dan memuji-muji orang yang beribadah kepada Ali, dan khaidir dikalangan penduduk Kuwait .
Dia memulkiakan mereka lebih daripada orang yang mentauhidfkan Allah dan orang yang meninggalkan syirik. Kelompok ini lebih memrbahaya daripada kelompok yang pertama. Dalam perkara ini, Allah SWT berfirman:
سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَـٰبٌ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ۬ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ(٨٩)
“Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” (Al Baqarah : 89)
Perkara tersebut mengenai mereka yang dinyatakan Allah melalui firmanNya:
سُوۡرَةُ التّوبَة
وَإِن نَّكَثُوٓاْ أَيۡمَـٰنَهُم مِّنۢ بَعۡدِ عَهۡدِهِمۡ وَطَعَنُواْ فِى دِينِڪُمۡ فَقَـٰتِلُوٓاْ أَٮِٕمَّةَ ٱلۡڪُفۡرِۙ إِنَّهُمۡ لَآ أَيۡمَـٰنَ لَهُمۡ لَعَلَّهُمۡ يَنتَهُون َ (١٢)
“Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)”. (At Taubah: 12)
Ketiga:
Orang yang tel;ahpun mengetahui tauhid. Dia menyukai dan mengiukutinya. Dia telah mengetahui tentang syirik dan dia meninggalkan syirik itu. Akan tetapi dia membenci orang yang menggolongkan dirinya dalam tauhid. Dia suka orang tersebut kekal dalam kesyirikkan. Orang ini juga aadalah kafir berdasarkan firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ محَمَّد
ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٩)
“Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.” (At taubah: 9)
Keempat:
Orang yang terselamat daripada tiga kelompok diatas. Akan tetapi penduduk negerinya secara terang-terangan memusuhi ahli tauhid (orang yang mentauhidkan Allah) dan sebaliknya mereka mengikuti orang-orang yang berbuat syirik. Mereka berusaha memerangi ahli tauhid. Dia beralasan bahawa menjadi keberatan baginya untuk meninggalkan negerinya , lalu dia pun bergabung bersama-sama penduduk negerinya memerangi ahli tauhid. Dia mengorbankan harta dan jiwa raganya untuk memerangi mereka. Orang seperti ini juga adalah kafir.
Menggabungkan diri, berjihad bersama-sama dengan penduduk newgerinya dengan jiwa raga dan harta bendanya , sedangkan jihad mereka itu bertujuan untuk memutuskan agama Allah dan RasulNya lebih besar kedudukannya dan lebih merbahaya dibandingkan jika penduduk negerinya menyuruhnya untuk meninggalkan puasa dan dia tidak mungkin untuk berpuasa kecuali dengan cara memisahkan dirinya daripada mereka, tetapi dia menuruti kehendak mereka atau sekiranya penduduk negerinya menyuruhnya untuk menikahi isteri ayahnya dan dia tidak mungkin untuk meninggalkannya kecuali apabila dia memisahkan dirinya daripada mereka, namun dia menuruti tututan mereka itu. Dia juga adalah kafir dan tergolong orang orang yang dinayatakan oleh allah menerusi firmanNya:
سُوۡرَةُ النِّسَاء
سَتَجِدُونَ ءَاخَرِينَ يُرِيدُونَ أَن يَأۡمَنُوكُمۡ وَيَأۡمَنُواْ قَوۡمَهُمۡ كُلَّ مَا رُدُّوٓاْ إِلَى ٱلۡفِتۡنَةِ أُرۡكِسُواْ فِيہَاۚ فَإِن لَّمۡ يَعۡتَزِلُوكُمۡ وَيُلۡقُوٓاْ إِلَيۡكُمُ ٱلسَّلَمَ وَيَكُفُّوٓاْ أَيۡدِيَهُمۡ فَخُذُوهُمۡ وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكُمۡ جَعَلۡنَا لَكُمۡ عَلَيۡہِمۡ سُلۡطَـٰنً۬ا مُّبِينً۬ا (٩١)
“Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh) dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.” (An Nisaa’: 91)
Dipetik dari kasyfus syubhat
Oleh: Perihatin
No comments:
Post a Comment