Tuesday, September 29, 2009

Tariqat menurut Kalangan sufi

Adapun 'tariqat' menurut istilah ulama 'tasauf':

1. jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu tauhid, fiqh dan tasauf.( 'Al -Ayatul baiyinat' hal 23 oleh syeikh Ahmad Khatib)

2. "cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan."("Ilmu tariqat dan hakikat" hal 69 oleh T.H Abdullah ujong Rimba)

Berdasarkan dalam beberapa definasi jelaslah bahawa tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan ilmu tauhid, Fiqh dan tasauf.

Sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan yang dicontohkan oleh beliau serta dikerjakan oleh para sahabatnya, Tabi'in, Tabi'it Tabi'in dan terus turun menurun sampai kepada guru-guru, Para Ulama' secara bersambung-sambung dan bersantai hingga pada masa kita ini.

Suatu contohg dapat kita ketahui, bahawa didalam Al Quran hanya dapat dijumpai adanya ketentuan kewajipan solat (sembahyang), tetapi tidak ada satu ayat pun yang memberikan perincian tentang raka'at solat tersebut. misalnya saja solat zohor sebanyak 4 raka'at, Asar 4 raka'at, Maghrib 3 raka'at, Insya' 4 raka'at dan subuh 2 raka'at. Demikian pula terhadap syarat dan rukunnya.

Solat-solat tersebut Rasulullahlah sebagai orang pertama yang memberikan contoh-contoh dan cara-cara mengerjakan solat-solat maktubah itu dengan melalui perbuatan yanfg ditunjukkan dan ditiru oleh para sahabatnya terus turun -temurun sampai kepada kita ini lewat pelajaran-pelajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para Guru, Syeikh dan para ulama'.

Hal ini bukan bererti, bahawa Al Quran sebagai sumber pokok hukum dalam Islam itu tidak lengkap. sunnah Rasul dan Ilmu Fiqh yang disusun oleh para Ulama' tidak sempurna, akan tetapi sebetulnya masih banyak penjelasan yang diperlukan oleh ummat agar perlaksanaan peraturan dan ketentuan Allah dan RasulNya dapat menurut penerimaan atau penangkapan akal bagi orang yang hanya mampu membaca, menghayati dan memahami yang pada puncaknya orang ini akan mengerjakan syariaat Islam sesuai dengan kemahuan hawa nafsunya sendiri.

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)