Ilmu tasauf/tariqat memang sukar atau susah dapat difahami oleh akal manusia biasa, kerana erti maksudnya terlampau seni. Itulah sebabnya hampir saja diseluruh kalangan para ahli sufi berpendapat, bahawa sebenarnya tariqat/tasauf itu adalah termasuk dalam kerangka Ilmu mukasyafah atau Ilmu "Disebalik Tabir" yang dapat memancarkan cahaya kedalam hati para penganutnya(pengamal). Sehingga dengan cahaya (Nur) itu terbukalah segala sesuatu yang ada disebalik rahsia ucapan-ucapan Nabi dan demikian pula halnya terhadap segala sesuatu yang ada disebalik rahsia cahaya Allah.
Ilmu Mukasyafah tidak begitu sahaja mudah dipelajari, kecuali bila ditempuh dengan melalui jalan latihan batin (Riyadhah) dan perjuangan melawan hawa nafsu (mujahadah) Dengan kesungguhan menempouh jalan yang demikian ini, maka sedikit sebanyak akan menjadi terbuka segala yang ghaib dibalik hijab yang mendinding antara hamba dengan Tuhannya, sehingga dapatlah bermusyahadah (menyaksikan sendiri) dengan penglihatan hati (musyahadatul Qalbi) bukan dengan penglihatan mata. Sebab penglihatan mata ini, hanyalah merupakan alat belaka dari penglihatan hati. Buta dalam perkara ini bukanlah buta mata, tetapi buta hati dalam dada.
Dari sinilah maka sesungguhnya syariat yang dikerjakan dapat berjalan diatas landasan yang lurus, tidak terpeleset jatuh kedalam jurang kesesatan, sehingga terhalang untuk dapat sampai kepada yang dituju. Yakni, untuk siapa sebenarnya syariat itu dikerjakan. Jawabnya: "Hanya untuk Allah" yang dituju.
Demikianlah yang ada pada akhirnya manusia ini akan dapat menemukan hakikat kebenaran hidup yang sejati.
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment