Amalan tasauf/tariqat sebagaimana yang lazim dikerjakan oleh para jama'ah sebenarnya banyak sekali tujuannya yang hendak diperolehi antara lainnya ialah:
1. Dengan mengamalkan tasauf/tariqat bererti mengadakan latihan jiwa(riyadhah) dan berjuang melawan hawa nafsu (mujahadah) membersihkan diri dari sifat-sifat tercela dan diisi dengan sifat-sifat terpuji dengan melalui perbaikan budi pekerti dalam belbagai seginya.
2. Selalu dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah Zat Yang Masha Besar dan Maha Kuasa atas segalanya dengan melalui jalan mengamalkan wirid dan zikir disertai tafakkur yang secara terus menerus dikerjakan.
3. Dari sini timbul perasaan takut kepada Allah sehingga timbul pula dalam diri seseorang itu suatu usaha untuk menghindartkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan lupa kepada Allah.
4. jika Hal itu semua dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan ketaatan kepada Allah, maka tidak mustahil akan dapat dicapai suatu tingkat alam ma'rifat, sehingga dapat pula diketahui segala rahsia dibalik tabir cahaya Allah dan RasulNya secara terang benderang.
5. Akhirnya dapat diperolehi apa yang sebenarnya menjadi tujuan hidup.
Demikianlah antara lain beberapa tujuan yang akan diperolehi bagi setiap orang yang mengamalkan tasauf/tariqat. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariat Allah dan RasulNya dengan melalui jalan atau sistem yang menghantarkan tercapainya tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendakki oleh syariat itu sendiri.
Sama sekali tiada tujuan negatif yang terselit didalamnya, sehingga dapat menggelincirkan ummat untuk jatuh kedalam kesesatan. Sebagaimana yang sering kita dengar dan lihat juga tidak keetinggalan para pengamal sesat yang menjadikan tajuk besar didada-dada akhbar dan koran. Sehinggakan kita dituduh oleh orang-orang yang belum mengetahui kebenaran disebabkan oleh segelintir ummat manusia yang memutar belitkan, memanipulasi serta memesongkan ajaran yang sebenarnya..Ini kerana mereka sebenarnya tidak mengewtahui selok belok ajaran tasauf/tariqat. Mereka dengan gaya, gelabah, berani melontarkan perasangka buruk terhadap ulama-ulama' ahli sufi dikatakan sebagai orang yang mengajarkan amalan-amalan yang menyerupai ibadah yang tidak pernah dijumpai tuntunannya, baik dari Allah mahupun dari RasulNya.
Apa yang dituduhkan mereka itu justeru berbalik dengan kenyataan bahawa para Ulama' ahli sufi yang telah lama mengajarkan amalan-amalan baik tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan RasulNya. Mereka para Ulama' Guru-guru, dan syeikh sama mengajarkan amalan tasauf/tariqat yang sentiasa bersumberkan dari ajaran Al Quran dan Al Hadis yang diterima pakai secara ittishal sampai kepada beliau Rasulullah s.a.w. sendiri. Bahkan apa yang hendak dicapai oleh ajaran kesufian ini telah jelas sekali yakni mengerjakan syariat dengan jalan yang teratur sesuai dengan semestinya guna memperoleh tujuan hakikat hidup yang sebenarnya.
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment