Dari ‘Abdurrahman bin ‘Abdul Qari r.a. katanya dia mendengar ‘Umar bin Khaththab berkata:
“Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surar Al Furqan, tidak seperti bacaan (qiraat) Nabi s.a.w. yang pernah dibacakan beliau kepadaku. Kerana itu hampir saja aku bertindak kasar terrhadapnya. Tetapi kemudian kubiarkan saja dia sehingga pergi.
Namun ku pegang bajunya, lalu ku bawa dia kehadapan Rasulullah s.a.w..
Ujarku, “Ya, Rasulullah! Aku mendengar orang ini membaca surah Al Furqan, tidak seperti yang anda bacakan kepadaku. Bagaimana ini?”
Jawab Rasulullah s.a.w., “Lepaskanlah dia! Suruh dia membacanya kembali.”
Lalu Hisyam membacakan kembali bacaan seperti yang dibacakannya tadi.
Setelah itu nabi s.a.w. bersabda: “Ya, memang begitulah ayat itu diturunkan.”
Kemudian Nabi s.a.w. menyuruhku pula yang membaca. Lalu ku baca seperti biasa kubaca.
Maka sabda Nabi s.a.w., “Ya, ayat itu memang diturunkan pula seperti itu. Sesungguhnya Quran itu diiturunkan dengan tujuh macam qiraat(bacaan) kerana itu bacalah dengan bacaan yang mudah bagimu membacanya.” (H.R Muslim -784)
Dari Ibnu ‘Abas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mula-mula Jibril mengajarkan (membaca Al Quran) kepadaku satu macam bacaan (qiraat) saja. Lalu aku senantiasa minta diulangkannya kepada ku (sampai aku mudah membacanya). Maka Jibril mengulang-ulangnya sehingga akhirnya bacaan itu menjadi tujuh macam.” (H.R Muslim – 785)
By Perihatin
By Perihatin
No comments:
Post a Comment