Sunday, October 18, 2009

Ilham dan Wahyu

Sesudah kita mengerti syariat dan tariqat, maka barulah kita dapat mempelajari suatu lapangan ilmu yang boleh dikata pelik bagi kebiasaan umat manusia yang terdapat didalam tasauf iaitu yang dinamakan hakikat, Ilmu untuk mengenal sesuatu dengan sesungguhnya, siapa manusia itu dan siapa yang menjadikannya, demikian juga siapa siapa yang mencipta sekelian itu.

Jadi dimulai dari dunia kecil atau peribadi manusia, berpindah kepada alam yang besar, iaitu dunia dengan segala susunan bulan, matahari dan bintang, dan kemudian manusia itu dibawa berfikir, bagaimana terjadinya semua itu dan siapa Penciptanya. Memasuki lapangan filasafat yang pelik dan penting itu ertinya memasukki mempelajari Ilmu Hakikat dan ma’rifat yang tujuannya untuk mengetahui sesuatu dengan sesungguh-sungguhnya.

Orang tasauf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan ucapan:

“Barangsiapa mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya.”

Seseorang itu tidak mudah mengenal dirinya, ia lebih mudah mewngenal diri orang lain, kerana beberapa sifat yang terdapat pada manusia menghalangi dia mengetahui, siapa ia dan apa  ia itu.

Pengetahuan dapat membuka kepadanya jalan untuk mencapai maksud rersebut, tetapi tidak selamanya pengetahuan itu dapat membawanya kepada hakikat atau kebenaran. Lalu terjadilah beberapa macam jalan atau tariqat seperti jalan yang ditempuh oleh ahli filasafat, jalan yang ditempuh oleh ahli mantiq atau logic, jalan yang ditempuh oleh ahli akhlak, dan sebagainya. Orang tasauf mengutamakan suatu jalan tertentu, yang mereka namakan tariqatus sufiyah, tariqat Sufi yang terdiri daripada latihan-latihan ibadat, sebagaimana yang diperintahkan dalam agama.

Al Imam Al Ghazali berpendapat, bahawa hakikat itu tidak dapat dipelajari dengan ilmu pengetahuan saja, dengan tidak ada latihan, hakikat itu tidak dapat dicapai.Seseorang yang ingin mencintai tuhan itu, tetapi biasanya kecintaan itu belum meresap dalam dirinya, ia belum yakin dalam ertikata yang sesungguhnya, fikirannya masih penuh dengan syak wasangka. Tetapi jika dia melakukan riadah, menjalani aturan-aturan yang diwajibkan kepadanya dalam tariqat, baik mengenai latihan badan, maupun mengenai latihan jiwa dan berfikir, biasanya hal itu lebih melekaskan atau mempercepatkan dia mencapai maksudnya.

Al Ghazali menerangkan, bahawa Ilmu itu tidaklah semudah itu untuk mencapai hakikat, kerana hakikat itu keluar dari dalam hati. Sekali hakikat itu datang terang dan jelas didalam hati, seakan-akan dicampakkan kedalamnya dengan tidak diketahui, sekali ia di perolehi, dengan jalan penyelidikan dan mempelajari dalil-dalilnya

Hakikat yang diperolehi tidak dengan usaha itu dipanggil Ilham, manakala yang diperolehi dengan mempelajari alasan dan penyelidikan disebut I’tibar dan Istibsar.

Yang diperolehi dalam hati dengan tidak bersusah payah dan bersungguh-sungguh mencarinya  dan dibahagi atas dua bahagian, pertama tidak diketahui darimana dan bagaimana datangnya, hanya dengan tiba-tiba sudah jelas dalam hatinya, disebut Ilham, dan kedua diperolehi dengan tiba-tiba daripada hakikat itu biasanya diperolehi pada diri Auliya’ dan Asfiya’ sedang hakikat yang diperolehi dengan usaha yang dipelajari dari alasan dan penyelidikan hanya dapat dicapai oleh Ulama-ulama.

Tiap-tiap sesuatu,baik benda dan keadaan, ada hakikatnya yang sudah ditakdirkan pada azalinya oleh Tuhan, sudah tertulis pada Luh Mahfuz tidak diketahui oleh manusia, tertutup atau lebih tepat dinamakan dengan istilah Sufi terdinding oleh hijab, yang menghalangi manusia tidak dapat melihatnya. Sebagaimana manusia tidak dapat mengetahui perasaan atau sesuatu urat yang terkandung dalam hati manusia lain, begitu jugalah hakikat sesuatu yang tertulis pada Luh Mahfuz, yang menentukan perjalanan alam ini tidaklah  dapat diketahui oleh manusia biasa kerana antara matanya dan Luh Mahfuz Tuhan, terhijab dan tertutup. Manusia hanya dapat meraba-raba dengan ilmunya, dan meneka dengan fikirannya dan akalnya yang sederhana, bagaimana duduknya sesuatu perkara dalam alam ni. Al Ghazali menerangkan bahawa hatilah yang dapat mencapai hakikat sebagaimana yang tertulis pada Luh Mahfuz itu, iaitu hati yang sudah bersih dan murni.

Memang kadang-kadang hijab antara hati dan Luh Mahfuz itu dapat dihilangkan dengan uisaha anggota badan dan pancaindera yang diasah dan dilatih, tetapi juga, kadang-kadang diluar usaha manusia , hijab itu terbuka kerana tiupan bisikan Sufi, yang dinamakan oleh Al Ghazali: “Riyahul altaf”.

Maka ketika itu terbukalah hijab yang menutup mata hati dan ketika itu jelas dan teranglah semua kepada orang yang berkepentingan apa yang tertulis diatas Luh Mahfuz itu. Tetapai ada juga hijab itu terbuka pada waktu tidur, orang yang berkepentingan itu dapat melihat hal-hal  yang akan terjadi dimasa yang akan datang. Hijab itu seluruhnya akan terangkat bagi seorang manusia  apabila dia mati. Dan tutup hijab itu akan terangkat pada watu terjaga diangkatkan  oleh Tuhan maka terpancarlah  cahaya dalam hati disebalik selubung rahsia yang merupakan suatu Ilmu yang memelikkan(menghairankan-ajaib) yang tidak mudah didapati.  Kadang –kadang meletus cahaya itu semacam petir,  dan  adakalanya datang berturut-turut secara lemah longlai.

Inilah gambaran pokok-pokok ma’rifat Sufi, keistimewaan Para ulama dan ambiya’. Ulama menghilangkan hijab itu dengan usaha dan kegiatannya. Manakala para Ambiya’ dan Auliya’ tidak menghilangkan hijab itu dengan mempelajari dan menyelidiki atau diusahakannya dengan kegiatan tetapi ditiupi kedalam hatinya oleh, “Riyahul altaf”, yang menyemburkan cahaya suci yang dapat mengangkat hijab serta dapat  melihat apa yang tertulis diatas Luh Mahfuz.

Apabila semua ini kita ketahui, maka tidaklah menghairankan bagi kita kenapa  orang-orang Sufi itu lebih cenderung kepada ilmu ilhamiyah daripada ilmu ta’limiyah. Mereka tidak ingin bersusah payah untuk mempelajari ilmu yang dikarang oleh manusia, dikupas dan diulas dalam jilid –jilid kitab yang tebal. Mereka lebih cenderung kepada  keinginan  menempuh jalan atau tariqat yang merupakan pendahuluan mujahadah melenyapkan pada dirinya sifat-sifat yang tercela, memutuskan segala bentuk hubungan yang dapat merugikan kesucian dirinya serta mempersiapkan diri untuk menerima pancaran Nur Tuhan itu.

Tidak mustahil ianya tidak berhasil, kerana Tuhan Maha Kaya terhadap hambaNya, dan Tuhan adalah sumber daripada segala cahaya dan ilmu itu. Apabila  Tuhan telah menembusi hati hambaNya dengan nur dan cahayaNya, berlimpah ruahlah Rahmat. Hati hambaNya bercahaya terang benderang, dadanya terbuka luas dan lapang, terangkatlah tabir rahsia malakut dengan kurnia Rahmat itu dan tatkala itu jelaslah segala hakikat ketuhanan yang selama ini tersembunyi.

Al Ghazali meneruskan, bahawa tidak ada yang dikerjakan oleh seorang hamba kecuali mempersiapkan dirinya dengan kesucian yang murni, menyediakan himmahnya dengan kehendak yang benar, dan menanti dengan tenang akan segala rahmatNya.

Sungguh bagi Nabi-Nabi dan Wali-Wali terbukalah apa yang tertutup, jelaslah apa yang tersembunyi, kedalam dadanya berlimpah nur dan cahaya, tidak dengan bertekun dan belajar, tidak dengan membolakbalikkan buku-buku yang bertimbun, tetapi dengan zuhud didalam dunia, dengan melepaskan hubungan yang tidak perlu dan merugikan, mengosongkan hati dari segala kebimbangannya, siap sedia menerima kurniaan Allah yang akan tertumpah dan tercurah kedalamnya, kerana barangsiapa yang menyediakan dirinya untuk Allah,, Maka Allah itu, tersedia baginya.

Hati itu mempunyai keanehan, ia terlepas dari pengaruh pacaindera, bebas dari otak dan pengajaran. Bahkan lebiih dari otak dan pengajaran, acapkali tiap hal perkara  yang tidak sanggup difikirkan otak, terlintas dalam hati dengan jelas..

Barangkali suatu perumpamaan lebih menjelaskan kedudukan persoalan ini:

Kita gali sebuah tebat, kita alirkan kedalam air dari tempat lain melalui saluran. Memang dengan usaha sedemikian tebat itu akan terisi, tetapi ianya terbatas, sebanyak air yang mengalir melalui saluran itu. Jika air dalam tebat itu terpancar dari dalam tanah, nescaya ia merupakan isi tebat yang tidak akan kering dan inilah Ilmu yang diusahakan dari luar, melalui pancaindera sumber mata air yang tidak akan kering.

Semua hakikat benda dan keadaan tertulis diatas luh Mahfuiz tetapi juga tergambar dihati malaikat yang suci. Sebagaimana  seorang  ahli bangunan melukiskan rencananya diatas selembar denah, yang kemudian dilaksanakannya demikian juga Pencipta langit dan Bumi ini melukis rencananya diatas Luh Mahfuz. Satu demi satuperincian, yang kemudian diwujudkan sesuai dengan denah Ketuhanan itu. Maka terjadilah alam itu dalam empat tingkat, ujudnya dalam Luh Mahfuz, weujudnya yang hakiki sebagaimana yang terklaksana, wujud khayali sebagaimana yang dapat diterka dan wujud akli sebagaimana yang dapat difikirkan dan terlintas dalam hati. Makin suci seseorang manusia, makin dekat ia kepada alam malakut dan makin dekat ia kepada hakikat yang sebenarnya. Makin dekat sesorang hamba kepada alam nasut, yang penuh dengan alam khayal belaka atau ilmu yang diraba-raba dengan pancaindera, maka makin jauhlah ia daripada hakikat dan rencana Tuhan yang sebenarnya, iaitu rencana sebagaimana yang tertulis pada azal atau Luh Mahfuz.


By Perihatin



No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)