Maka inilah suatu (Muhimmah) : Yang ditakutkan atas tiap-tiap Perempuan yang bersuami, iaitu mengerjakan pekerjaan yang jadi derhaka akan suaminya.
Maka wajiblah atas segala perempuan yang tersebut itu belajar dan mengetahui akan hukumnya supaya terpelihara segala amalnya yang kebajikan dan lagi beroleh manafaat akan dia pada hari akhirat, kerana beberapa seksa dan azab Allah Ta’ala atas segala perempuan yang derhakakan suaminya didalam dunia ini. Pada esok harinya sangatlah menyesal atas segala perempuan yang tersebut itu, maka tiadalah berguna oleh sesalnya dan dukacitanya pada waktu itu.
(I’lam) ertinya:
Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya derhaka perempuan akan suaminya itu memberi fatwa oleh beberapa ulama’ iaitu sesetengah daripada dosa yang amat besar jadi derhakalah ia:
- Sebab menegahkan akan suaminya daripada mengambil kesukaan samaada wathi’ atau lainnya, seperti menegah ia akan suaminya dari pada menjamah dan menyentuh pada barang tempat dari pada badannya.
- (Demikian lagi) derhakalah ia sebab keluarnya dari rumah dengan tiada izin suaminya, samaada suami itu hadir atau ghaib, atau keluar ia kepada majlis zikir atau majlis belajar Ilmu yang bukan fardhu’ain.
(Maka tiada) derhaka ia keluar kerana belajar hukum haid dan nifas dan sekalian ilmu, yang fardhu’ain(tetapi) wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardhu’ain itu dan haramlah atas suaminya menegahkan isterinya daripada keluar kerana ia hendak menuntuk fardhu’ain jikalau tiada ia ‘alim.
(Adapun) jikalau ada ia ‘alim nescaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu, maka ketika itu haramlah keluar perempuan itu daripada rumahnya lagi derhakalah ia dan jadi derhaka pula dsebab enggan dia daripada berpindah serta suaminya.
- (Dan) derhaka pula sebab menyelak (mengunci) ia akan pintu ketika menghendakki masuk suaminya kepadanya.
- (Dan) derhaka pula sebab mintanya akan talaknya.
- Dan derhaka pula sebab masam mukanya kemudian daripada bersihnya.
(Dan lagi) beberapa banyak perbuatan yang jadi derhaka perempuan akan suaminya itu tersebut didalam kitab fekah.
(Maka manakala) berbuat oleh perempuan akan suatu daripada segala yang tersebut itu dan jikalau dengan satu lahzah sekalipun nescaya tiada wajib atas suaminya memberi nafkahnya pada hari itu dan tiada pula wajib memberi pakaiannya pada fasal itu.
(Dan tiada) pula wajib gilirannya tetapi hukum perempuan yang demikian itu sebenarnya bahawa meninggalkan akan dia oleh suaminya pada tempat ketidurannya hingga balik daripada derhakanya itu kepada kebajikan taat pula dan jikalau sampai beberapa tahun sekalipun.
(Dan telah) melaknatkan akan perempuan yang derhaka itu oleh segala malaikat yang berbuat bakti yang tiada derhaka mereka itu kepada Allah Ta’ala sekejap mata jua pun dan bahawa menyeksa akan dia oleh Tuhan yang mempunyai kekerasan didalam negeri yang hina, iaitu didalam neraka.
(Dan telah) berkata Aisyah r.a.
“Hai segala perempuan! Jikalau kamu mengetahui semuanya dengan hak segala suami kamu atas kamu sekalian, nescaya kamu semua menyapu debu yang ada pada dua kaki suaminya itu dengan hadapan muka.”
(Dan telah) mengeluarkan oleh Al Hakim bahawa sungguhnya seorang perempuan berkata ia bagi Nabi s.a.w.:
“bahawa sungguhnya anak mamakku sianu nama ibunya meminang ia akan dia akan daku maka khabarkan olehmu akan daku apa-apa hak suaminya atas isterinya, maka jikalau ada sesuatu yang kuasa aku mengerjakan dia nescaya hendaklah aku berkahwin akan. dia”
(Maka) bersabda Nabi s.a.w.:
“Setengah daripadanya itu jikalau mengalir dua lubang hidungnya akan darah atau nanah Maka menjilat ia perempuan itu akan dia dengan lidahnya sungguhnya belum lagi mendatangkan ia akan hak suaminya dan jikalau parut bagi seorang manusia bahawa sujud ia bagi seorang manusia nescaya aku suruh akan perempuan bahawa sujud ia bagi suaminya apabila masuk ia atas isterinya bagi orang yang melebihkan akan dia oleh Allah Ta’ala atas isterinya.
(Maka ) berkata oleh perempuan yang bertanya itu: “Demi Tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya jadi Nabi tiadalah aku bersuami selama kekal didalam dunia ini.”
(Dan sungguhnya) telah diceritkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa sungguhnya tatkala datang ke madinah keluar ia kepada suatu jenazah, maka melihat ia akan beberapa perempuan mengiring akan jenazah, maka bersabda ia bagi sekelian mereka itu:
“Sudahkah kamu menanggung serta sama-sama dengan orang yang menanggung.”
Maka sembah kami sekelian: “tiada”.
“Sudahkah kamu menanggung serta sama-sama dengan orang yang menanggung.”
Maka sembah kami sekelian: “tiada”.
Maka bersabda ia:
“Adakah kamu sembahyang serta orang yang menyembahyang akan dia”,
maka sembah kami sekelian: “tiada”.
“Adakah kamu sembahyang serta orang yang menyembahyang akan dia”,
maka sembah kami sekelian: “tiada”.
Maka bersabda Nabi s.a.w. bagi sekeliannya:
“Balik oleh kamu sekeliannya, tiada ada diziarah dan tiada ada pahala.”
Maka sekelian mereka itu perempuan disuruh mereka itu dengan tetap didalam segala rumah mereka itu.
“Balik oleh kamu sekeliannya, tiada ada diziarah dan tiada ada pahala.”
Maka sekelian mereka itu perempuan disuruh mereka itu dengan tetap didalam segala rumah mereka itu.
Selanjutnya sila baca kitab Muhimmah atau hubungi kami
By Perihatin
No comments:
Post a Comment