بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Syarahan pertamaTiga perkara wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:
- Melakukan segala perintah Allah
- Menjauhkan diri dari segala yang haram.
- Redho dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.
Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu simukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini.
Syarahan kedua
Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi s.a.w. dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhilah kepada Allah dan RasulNya dan jangan sesekali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan menyengutuiNya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-sekali mempunyai sifat-sifat yang cela dan berkurangan.
Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan berpegang teguh kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya dan tunggu dengan sabar. Bersatu-padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah-pecah. Cintalah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauhkan diri daripada segala noda dan dosa.
Perindahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah pupa kepadaNya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk bertaubnat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya. Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu diRahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah.
Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi disyurga beserta dengan nabi-nabi, orang-orang siddiq, orang-orang syahid dan orang-orang yang soleh. Berkekalanlah kamu disyurga itu untuk selama-lamanya.
Syarahan Ketiga
Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah amak mula-mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tiak Berjaya, ia akan meminta peretolongan dari orang lain seperti Raja-Raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan Doktor atau bomoh. Jika inipun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT dan memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah.
Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang , berdoa dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah SWT tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggal padanya roh sahaja.
Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (KeEsaan Allah) Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah SWT tidak ada baik dan tidak ada jahat, tidak ada rugi dan tidak ada untung, dan tidak ada faedah dan tidak ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup. Mati dan hidup. Mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah SWT.
Hamba Allah itupun jadilah seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang dimandikan atau seperti bola dikaki pemain bola-melambung. Bergolek, keatas, ketepi dan tengah, sentiasa berubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk kedalam lakuan Allah semata-mata.
Sihamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengerjakan sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah.
Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia . kerana hampirnya Allah. Beliau akan diperhias dan dipermuliakan. Ridholah ia dengan Allah. Bertambah hampirnya dia dengan Tuhannya., bertambahlah cintanya kepada Allah. Dan bertambahlah seronoklah dalam mengenang Allah. Terdirilah ia “didalam Allah”. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian ‘cahaya Ilmu Allah’ dan terbukalah Kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah. Yang Maha Agung . Beliau mendengasr dan mengingati hanya dari Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang dihadirat Allah SWT.
Untuk hal selanjutnya sila baca atau beli Kitab Futuh Al Ghaib atau hubungi kami di ruangan comments
Untuk hal selanjutnya sila baca atau beli Kitab Futuh Al Ghaib atau hubungi kami di ruangan comments
By Perihatin
No comments:
Post a Comment