Akibat daripada perbuatan maksiat akan menimbulkan kesan-kesan berikut:
1. Menimbulkan kehinaan
Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah SWT sehingga Allah pun menghinakannya. Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinaan kerana kemuliaan itu hanya akan muncul dari ketaatan kepada Allah SWT.
Seorang Salaf pernah berdoa:
"Ya Allah, anugerahkanlah aku kemuliaan melalui ketaatan kepadaMu, dan janganlah Engkau hina-hinakan aku kerana aku bermaksiat kepadaMu."
2. Merosak akal
Ulama salaf ada berkata:
"Bahawa seandainya seseorang itu masih berakal sihat, maka akal sihatnya itulah ayang akan mencegah dari kemaksiatan kepada Allah SWT. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihatr Al Quran pun mencegahnya begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang itu melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.
3. Menutup Hati
Allah berfirman:
سُوۡرَةُ المطفّفِین
كَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِہِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (١٤)
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa),(menutup hati mereka) dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Al Mutaffifiin: 14)
Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah memupuk maka hatinya pun tetutup.
4. Dilaknat Rasulullah
Rasulullah s.a.w. melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk, padahal petunjuk itu sangat penting. (H.R Bukhari)
Melakukan Homoseksual (H.R Muslim) menyerupai lelaki bagi wanita dan menyerupaui perempuan bagi lelaki,
Megadakan praktik Rasuah dan belbagai lagi.
5. Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup didunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi. Dalam konteks ini, Allah lah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia fana, ketika itulah dia tertipu.
6. Melenyapkan Nikmat dan mendatangkan Azab
Ali r.a. berkata:
"Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat."
7. Mematikan bisikan Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.
8. Menghalangi ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berpanjangan dan menghalangi dari memakan makanan lain yang lebih baik.
9. Memendekkan Umur dan menghapuskan keberkahan
Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keridhoaanNya.
10. Menghilangkan keburukan Maksiat itu sendiri dan memudahkan dosa.
Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar disisi Allah SWT.
11. Melemahkan hati dan badan
Kekuatan seseorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatrlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah. Jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizikal dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizikal bangsa Parsi dan Rom.
12. Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan kedalam hati. Namun kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal imam Syafi'i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, "aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu degan maksiat."
13. Menghalang Rezeki
Jika ketaqwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya." (H.R Ahmad)
14. Menimbulkan jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seseorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya, Sang arif berpesan:
"Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa,maka tinggalkanlah (perbuatan doosa itu)> Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa diatas dosa."
15. Menjauhkan pelakunya dengan orang lain.
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga belbagai manafaat dari orang yang baik terhalang. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anakdan hati nuraninya sendiri.
Seorang salaf berkata:
Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku."
16. Menyulitkan Urusan
Jika ketaqwaan (ketakwaan) dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat menggelapkan hati. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita.
Ibnu Abbas r.a. berkata:
"Sesungguhnya perbuatan baik itu, mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidak ceriaan pada raut muka, kegelapan didalam kubur dan dihati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk."
17. Warisan umat yang pernah diAzab.
Misalnya hoimosexual adalah warisan umat nabi Lut a.s. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum syu'aib a.s. Kesombongan dimuka bumi dan menciptakan belbagai kerosakan adalah milik Firaun dan kaumnya. Sedangkan takkabbur dan bongkak merupakan warisan kaum Hud a.s.
Dengan demikian dapatlah kita simpulkan bahawa orang yang bermaksiat dizaman sekarang ini adalah kaum yang memakai baju atau atau pakaian yang mencontohi umat terdahulu yang menjadi musuh Allah SWT. (misal perbandingan)
Dalam Musnad Imam Ahmad dari Ibnu Umar disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya."
18. Menumbuhkan maksiat
Seorang ulama salaf berkata:
Bahawa jika seseorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan orang lain dan seterusnya. Dan jika seseorang hamba melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebisaan baginya.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment