- Kisah Alqamah
Alqamah adalah salah seorang sahabat yang rajin beribadah, soleh dan menegakkan agama Islam. Beliau dikatakan menderita, sukar untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir dan tidak dapat mengucapkan syahadah hanya kerana mengutamakan isterinya.Dalam hal ini, ibunya berasa kecil hati.
Bagi tujuan meredakan penderitaan itu, Saidina Ali r.a. menemui ibu Alqamah supaya diampunkan segera segala dosanya. Namun ibunya berkeras enggan untuk mengampunkan segala dosa yang telah dilakukannya oleh Alqamah terhadapnya. Setelah puas dipujuk sehingga Rasulullah s.a.w. memberikan ancaman untuk membakar anaknya, maka siibu pun mengampunkannya dan beliau dapat menghembuskan nafasnya dengan tenang.
Oleh itu anak-anak hendaklah bijak dalam mengatur masa dan menunaikan keperluan ibubapa. Cuba kita renungkan walaupun Alqamah saeorang yang begitu kuat sekali beribadah, namun perbuatannya melukakan hati siibu itu tetap dianggap derhaka dan Allah SWT telah menunjukkan missal perbandingan balasan derhaka kepada ibubapa diatas dunia ini.
Apabila sianak menderhaka terhadap kedua-dua orang ibubapanya maka semua amalan yang dilakuikannya tidak akan bermunafaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiga perkara yang menyebabkan amal kita tidak bermunafaat lagi ialah:. Menyekutukan Allah, Derhaka kepada kedua ibubapa dan Lari dari medan perang (Riwayat al-Tabrani)
Betapa pun kita bersusah payah berbakti kepada kedua-duanya namun jika dibandingkan dengan jasa mereka terhadap anak-anak adalah tidak seberapa dan tidak dapat dihitung atau dinilai akan banyaknya.
Perbuatan derhaka terhadap kedua ibubapa akan dibalas segera oleh Allah SWT didunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh Allah sesuai dengan kehendakNya sampai hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa. Sesungguhnya kepada kedua-dua ibubapa disegerakan oleh Allah pembalasan dosanya kepada yang punya dosa diwaktu dia masih hidup didunia sebelum mati.” (Riwayat Tabrani)
- Kisah Juraij
Seorang Ahli Ibadat yang terkenal dikalangan Bani Israel bernama Juraij telah mendirikan Surau khas(rumah peribadatan) untuk memudahkan dirinya beribadat. Ketekunan dan kesolehan beliau beribadat sehingga melalaikan tanggungjawab terhadap ibunya. Panggilan ibunya berulang-ulang kali tidak diendahkannya. Beliau tetap mengerjakan solat sunat. Lalu Ibunya berdoa:
“Ya Allah janganlah engkau matikan dia sehingga dia melihat perempuan lacur.”
Allah telah mengabulkan doa seorang Ibu. Dalam hal ini seorang perempuan lacur cuba menggodanya tetapi tidak berjaya. Tanpa putus asa, perempuan itu tidak berpuashati dan mencari jalan lain bagi meruntuhkan keimanan Juraij.
Kemudian perempuan lacur (pelacur) itu telah berzina dengan seorang pengembala kambing sehingga melahirkan seorang anak dan mengaku bahawa anak itu hasil hubungannya dengan Juraij.
Orang ramai yang mendengar pengakuan itu marah dan merobohkan surau ibadat Juraij dan memukulnya sehinggalah bayi itu berkata-kata dan membuat pengakuan bahawa ayahnya ialah seorang pengembala kambing.
Betapa dahsyatnya dan besarnya dosa dan cepatnya pembalasan Allah SWT terhadap anak yang derhaka. Jadi bagi anak-anak diluar sana haruslah berhati-hati dalam memberi sepenuh tumpuan terhadap ibubapa jangan sampai tanpa disedari kita telah membuat ibubapa kita berada dalam situasi, sedih, murum, muram, rasa hati, terkedu hatu, kecil hati, marah, merajuk hati dan sebagainya kerana tanpa kita sedari kita telah melukakan hati ibubapa kita bahkan kadang-kadang ada sesetengahnya sehinggakan ibubapa terpaksa menadah tangan kelangit memohon doa kepada Ilahi. Kalau doanya baik Alhamdulillah kalau doa itu sebaliknya, maka sampai mati anda berada didalam tidak ada keberkatan walau dimana saja anda berada sehinggalah anda dimaafkan.oleh Ibubapa.anda.
Ajal maut ditangan Tuhan dan sekiranya anda dicabut nyawa sebelum kemaafan diberikan oleh Ibubapa maka anda akan menanggung suatu dosa yang cukup besar disisi Allah. Oleh itu bersegeralah mohon kemaafan kepada Ibubapa anda.
InsyaAllah
By Perihatin
No comments:
Post a Comment