Thursday, October 1, 2009

Fadhilat Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya: "Sesiapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At Taurat, Al Injil, Az Zabur, Al Quran dan Suhuf(Idris dan Ibrahim)"

Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjah didalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan Bumi dengan Langit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: "Demi Allah sanya Fatihah itu ialah 'Al Sab'ul masyaani ' dan Quran yang maha besar yang dikurniakan Allah SWT kepada aku dan tidak ada dalam At Taurat, Al Injil, Az-Zabur dan Quran yang serupa denganya."

Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir dimasjid sebelum keluar daripadanya, Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat perkara iaitu: Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al Baqarah (285-286) dan surah Al Kauthar."

Pahala orang yang membaca Fatihah setimbang dengan pahala orang yang membaca dua pertiga(2/3) Al Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
"Yang terlebih afdal dalam Al Quran ialah 'ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'

Sesiapa membaca fatihah dan "قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ",


nescaya sejahteralah daripada sekelian bencana yang lain selain daripada mati.

Sunat  melafazkan 'Amin' ketika lepas membaca fatihah samaada fatihah yang kita baca sendiri atau Fatihah yang iman baca.

Sabda rasulullah s.a.w. ertinya: " Apabila selesai iman daripada membaca Fatihah hendaklah kamu baca amin nescaya diperkenan permintaan kamu."

Hadith Rasulullah s.a.w.:
"Pada suatu masa sedang rasulullah s.a.w. bersama dengan Abu Zaid berjalan pada suatu jalan diMadinah tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki sedang membaca Fatihah lalu nabi s.a.w. bersabda: "Kita berhenti dengarkan Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."


Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Sesiapa membaca Fatihah maka mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca Al Injil, Az-Zabur, At Taurat, Al Quran dan tiap-tiap satu ayat yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana fiisabilillah dan terpelihara tubuhnya daripada masuk kedalam api neraka dan kemudiannya daripada Nabi ialah orang yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk kedalam syurga."


Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika ku berhenti di'Arasy dan aku nampak Fatihah dan sekelian Quran tertulis apada Luh mutiara dan yaqut, kemudian ku pohon daripada Allah SWT akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada umatku,

Firman Allah SWT:
"Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau dan umat engkau."

Kemudian aku bertanya pulak:
"Apa pahala orang yang membaca Fatihah dan apa pahala orang yang membaca Quran."

Berfirman Allah SWT:
"Wahai Muhammad, Fatihah itu ada mengandungi tujuh ayat, maka aku haramkan-tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api neraka jahanam, dan orang yang membaca Quran aku berikan kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak nikmat."

Siapa-siapa yang membaca fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Fatihah itu mendinding baginya daripada neraka jahanam.

Siapa-siapa yang didalam bilangan masuk neraka,
jika anaknya ada membaca " ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'" nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari.

Siapa-siapa membaca sepuluh perkara yang disebut dibawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh perkara iaitu:

1. Surah Al HFatihah-Menegakkan daripada kemurkaan Tuhan.
2. Surah Yaasin-Menegahkan dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad Dhukhan-menegahkan huru-hara pada hari kiamat.
4. surah Al Waqi'ah-menegahkan daripada fakir.
5. Surah Al Mulk-Menegahkan daripada seksa kubur.
6. Surah Al Kauthar-menegahkan daripada perkelahian.
7. Surah Al-Kafirun-menegahkan daripada mati kafir.
8. Surah Al-Ikhlas-menegahkan daripada menjadi munafiq.
9. Surah Al-Falaq-menegahkan daripada kena penjara.
10.Surah An-nisaa'-menegahkan daripada was-was.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "sesiapa membaca Fatihah dan surah Al-ikhlas, ketika kembali kerumah, nescaya terjauh dari pada fakir-papa dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak."

Jika dibaca Fatihah empat puluh satu kali (41) dengan mewasalkan (menyambungkan) ' بِسۡمِ ٱللهِ' dan dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.

Siapa-siapa sentiasa membaca fatihah empat puluh satu kali (41) padea masa antara sembahyang sunat subuh dengan sembahyang subuh nescaya terlepas daripada hutang, sihat tubuhnya dan dikurniakan Allah SWT akan dia kekayaan dan kemuliaan.

Siapa-siapa sentiasa membaca fatihah empat puluh satu kali (41) pada mata orang yang sakit ketika antara sembahyang sunat subuh dengan sembahyang subuh selama 40 hari berturut-turut akan sembuh sakit matanya itu.

Sesiapa membaca fatihah tujuh kali (7) pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan keatas tempat sakit itu dan berdoa:

             
7 Kali nescaya sembuh penyakitnya.

 Unutk mengatia akan rahsia selanjutnya sila rujuk kitab Pati Rahsia

pihak kami ada menyediakan penjualan kitab-kitab muktabar yang telah disenaraikan.

Dikutip dari Kitab Pati Rahsia

oleh : Perihatin


           

     

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)