Friday, October 2, 2009

Nama-Nama ALLAH yang Maha Bersar lagi Maha Tinggi

Bahawasanya Allah SWT ada mempunyai 3,000 (tiga Ribu) Nama iaitu:

1. Sebanyak 1,000 (satu Ribu) Nama - Allah SWT memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.
2. Sebanyak 1,000 (satu ribu) Nama - Allah SWT memberitahu kepada Nabi-nabi sahaja.
3. Sebanyak    300 (Tiga Ratus) Nama - Ada tersebut didalam At Taurat.
4.  Sebanyak   300 (Iga Ratus)  Nama - Ada tersebut didalam Al Injil.
5. Sebanyak    300 (Tiga Ratus) Nama - Ada tersebut didalam Az Zabur.
6. Sebanyak      99(Sembilan Puluh Sembilan) Nama - Ada tersebut didalam Al Quran.

Dari satu(1) Nama Khasa tersimpan dalam pengetahuan Allah SWT.

Sekelian makna nama-Nama Allah SWT yang 3,000 (Tiga Ribu) itu ada terkandung didalam ayat :

'بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' dan jika sesiapa membaca
' بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' nescaya mengurniakan Allah SWT kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekelian nama Allah SWT yang 3,000 (Tiga Ribu) itu.

Siapa-siuapa banyak membaca ' بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' pada mana-mana perkara yang dihajati istimewa pula pada mendapat rezeki, nescaya memudahkan Allah SWT kepadanya dan mengurnia Allah SWT hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.

Sesiapa membaca 'بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' dua puluh satu kali (21) ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada syaitan dan daripada kejahatan manusia dan Jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat daripada mati terkejut dan terjauh daripada Bala penyakit.

Jika dibaca 'بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' serartusi (100) kali selama tujuh hari berturut-turut pada mana-mana penyakit ataupun pada orang-orang yang terkena sihir nescaya sembuh orang itu daripada bala dan penyakit.

Siapa-siapa membaca 'بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' seratus tiga belas (113) Kali pada hari jumaat ketika khatib diatas mimbar, kemudian berdoa bersama khatib dan memohon daripada Allah SWT akan apa-apa hajat nescaya mengurniakan Allah SWT apa-apa yang dipohonkan itu.

Siapa-siapa yang membaca ' بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' tiga ratus tiga belas (313) kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap kiblat nescaya mengurnia Allah SWT kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.

Begitulah banyaknya kelebihan membaca  ' بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ' dan untuk mengetahui kelebihan selanjutnya sila baca kitab Pati Rahsia dan kitab ini boleh didapati dikedai-kedai buku atau hubungi kami  untuk keterangan lanjut.

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)