Sunday, October 4, 2009

Hikmah 1 samb. pt 2

Yang demikian itu disebabkan kerana keyakinan ini iaitu bahawa kamu percaya bahawa solat yang kamu kerjakan sesuai dengan kemampuan kamu, yang kamu persembahkan kepada Allah dan bahawa ketaatan kamu yang yang telah diperintahkan Allah kepada kamu sesuai dengan gerakan dari tabiat kamu yang kamu miliki dan tabiatmu sebagai penguasa atas zat kamu dan kekuasaan kamu menguasai zatmu.

Maka terhadap amal kamu, kamu yang menjadi Rajanya dan kekuasaan kamu, kamu yang menjadikannya ada. Sedangkan yang menjadikan kamu itu tidak memiliki hubungan dengannya. Jadi seolah-olah kamu berfikir bahawa ketaatan kamu engkau persembahkan kepadaNya dan saya katakan:
" Ini perintah Kamu, telah aku laksanakan sesuai yang Engkau inginkan dan sesuai dengan kekuatanku. Maka masuklah aku kedalam syurga yang telah Engkau janjikan kepadaku."

Beginilah tentang keadaan transaksi jual beli. Aku berikan kepada kamu harga dan hakku adalah meminta supaya kamu bayar!

Apakah ini pembahasan antara seorang hamba dengan TuhanNya?

Dimana kedudukan kamu ketika kamu beribadah kepada Allah?

Dimana kamu berada diantara kalimah suci yang diajarkan Rasul kepada sahabatnya (tidak ada kekuatan selain iman yang tidak ada keraguan bahawa Allah SWT adalah pencipta atas perbuatan yang dilakukan oleh seorang hamba?

Siapakah yang telah menjadikan perbuatan kita sebagai seorang hamba?

Saya mengira bahawa janji tersebut belum menyentuh kami, iaitu penjelasan tentang aqidah salafus as soleh, mereka adalah ahlul as-sunnah wa al-jamaah yang sama dengan Asy'ariyah dan Maturidiyyah.

Jadi, aku, ketika memuji Allah SWT dengan lisanku maka wajib bagiku untuk bersyukur kepada Allah bahawa Dia yang telah menggerakkan lisanku dengan pujian ini, dan jika kamu bangun ditengah malam untuk melaksanakan solat, maka wajib kita memuji Allah kerana Dialah yanhg telah membangunkanku dan mampu berdiri menghadap kepadaNya. Seandainya kalau bukan kerana kecintaanNya kepadaku, kalaulah bukan kerana pertolonganNya kepadaku, kalaulah bukan kerana kelembutanNya kepadaku nescaya aku tenggelam lelap dalam tidurku, sehingga Allah memuliakanku sehingga mampu berdiri dihadapanNya.

Aku telah bercerita kepada kamu tentang satu kisah seorang wanita solehah yang bekerja pada satu keluarga. Pada satu malam kepala keluarga tersebut bangun kemudian melihat wanita tersebut sedang bersolat disudut rumah.

Kemudian dia mendengar wanita tersebut berdoa dalam sujud:
"Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan kecintaan kamu kepada aku bahagiakanlah diriku. Maafkanlah aku dan muliakanlah aku," sampai selesai berdoa. Kemudian lelaki pemilik rumah terrsebut terasa  terusik terhadap perkataannya ini,  dia menunggu sampai selesai dari solatnya, lantas dia menjumpainya seraya berkata:

"Apakah ini dalil bahawa Allah itu ada?"

Maka aku berkata,
"Ya Allah aku bermohon kepada kamu dengan kecintaanmu kepadaku, engkau bahagiakan dan muliakan diriku." Dan

...Maka wanita tersebut berkata:
Ya Tuhanku seandainya kalau bukan kerana kecintaanMu kepadaku maka aku tidak akan berdiri dihadapan kamu, seandainya kalau bukan kerana kecintaanNya kepadaku nescaya aku tidak akan dapat pada saat ini. Seandainya kalau bukan kerana kecintaan kepadaku nescaya aku tidak akan berdiri dihadapan kamu, seandainya kalau bukan kerana kecintaanNya kepadaku nescaya aku tidak akan dapat berbicara pada kesempatan ini.

Perhatikanlah wahai saudaraku, "Ini adalah tauhid yang wajib bagi setiap kita untuk menyakininya, bagaimana kamu mengharapkan kepada Allah dengan solat kamu sementara Dia yang menyetujui kamu dapat berdiri menghadap kepadaNya?
Ini adalah permulaan yang nyata bagi pencinta tauhid dan seluruh ulama aqidah ketika mereka berkata: "(Fa in yusibna fa bi mahdil fadli wa in yuazzibu fa bi mahdil 'adli.")

Maka terdetik disini, didalam hati satu soalan, sebagai berikut, apabila perintahnya seperti itu, maka apa makna firman Allah:

"Masuklah kamu kedalam syurga sesuai dengan itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." (An Nahl: 32)

Aku telah banyak mengulang-ulang perkataan ini dalam artikel ini. aku berkata kepada mereka ketika menjawab apa yang menyebabkan kamu bertambah cinta kepada Allah dan bertambah perasaan cinta dalam beribadah kepadaNya.

Sesungguhnya perkataan ini ditetapkan dari satu arah iaitu Allah SWT tidak berasal dari dua arah. Allah menyetujui kamu untuk beramal dan memberikan ilham kepada kamu dengan penuh kebenaran dan kamu memohon kepadaNya melalui doa yang kamu panjatkan:

"Ya Tuhanku, tidak ada satu kekuatan pun termasuk kekuatanku kecuali berasal dari Mu, diriku berada dalam genggamanMu. Engkau mengubahnya sesuai dengan kehendakMu. Maka bawalah dia kejalan yang lurus dan bahagia."

Kemudian Allah mendengar doa dan melapangkan dada kamu untuk menerima kebaikan, insyaAllah, dan dia memberikan taufikNya untuk mu dalam beramal soleh, kemudian Allah berkata kepada kamu pada hari kiamat:

"Masuklah kamu kedalam syurga sesuai dengan itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." (An Nahl: 32)

Apakah perkataan ini dari Allah SWT sebagai realisasi dari satu akad atas keridhoaan yang terjadi antara kamu dan Dia, seperti akad yang terjadi antara penjual dan pembeli??

Tidak, sesungguhnya Allah SWT ketika menjadikan amalmu sebagai sebab untuk masuk kedalam syurga maka dia melakukan hal itu sebagai satu keutamaan dan kebaikan dariNya.

Seandainya kamu abaikan hal itu kecuali kalaulah  terbayang dalam fikiran kamu bahawa masaalah itu antara Allah dan hambaNya secara bergantian, secara benar dan kamu bawa permintaan ini bersamamu sampai hari kiamat, nescaya kamu akan berkata kepada Allah:

"Sesungguhnya aku berhak untruk mendapatkan syurga dan kekal dalamnya sesuai dengan amalku yang harus engkau berikan ganjaran, sesuai dengan kehendak Allah SWT."

Berdasarkan panggilan kamu ini, maka Dia akan menarik kamu untuk berhitung secara mendalam sehingga tidak sedikitpun bahagian kamu yang tinggal ketika itu, semoga semuanya itu berada dibawah kekuasaan ibadah kamu, yang  ikhlas kerana kamu hanya berharap pertolongan dan taufik dariNya."

Untuk lebih mudah difahami terhadap apa yang aku katakan iaitu apa yang nyata dicontohkan dan dilakukan orang tua kepada anaknya tatkala mencadangkan kepadanya untuk beramal soleh dan berbuat kebaikan.

Kemudian dia berkata kepada anaknya:

"Jika kamu beri orang fakir tersebut dengan harta maka dia akan memuliakan kamu dengan hadiah."

Kemudian siAyah datang sambil membawa wang dan meletakkannya secara perlahan-lahan  kedalam saku seluar anaknya itu. Kemudian anak lelaki tersebut melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ayahnya dengan harapan menerima penghargaan sebagaimana yang dijanjikan kepadanya. Lantas dia memberikan wang yang telah disiapkan dalam saku seluarnya kepada orang fakir tersebut."

Maka kedua-dua orang tuanya sangat bahagia terhadap apa yang telah dilakukan sehinggalah kehairanannya dengan kemuliaan yang disifatkan terhadap anaknya, seraya berkata:
"Engkau telah melakukan perbuatan kemanusiaan yang sangat besar dan jangan ragu bahawa kamu berhak mendapatkan upah dan pahala yang besar."

Cukup jelas ini adalah perbuatan yang terbawi atau mengandungi pendidikan yang dipraktikkan oleh orang tua terhadap anaknya. Tidak diragukan lagi bahawa anak itu akan mengetahui pada masa akan datang. Kemuliaan yang akan didapatkannya sesuai dengan imbalan atas perbuatannya  yang baik merupakan warna dari rasa cinta kepadaNya sebagai kurnia atas pembayarannya hingga bertambah disebabkan amal kemanusiaan yang baik ini. Maka firman Allah SWT dalam surah an Nahl ayat 32 merupakan bahagian dari golongan ini.

Telah banyak terdapat dalam hadis (khabar) bahawa salah seorang hamba Allah pada hari kiamat berkata:

"Wahai Tuhanku, hisablah aku dengan keadilan kamu dan dengan segala hak yang aku miliki, maka aku akan hidup."

Kemudian Allah mengingatkan dia dengan nikmat yang tampak oleh kedua-dua matanya, yang diberikan Allah sehingga menyenangkan kedua-duanya, apakah kamu telah bersyukur atas pemberian dua mata ini?

Meletakkan keutamaan Allah kepadanya dalam satu neraca timbangan, dengan meletakkan ketaatannya dalam satu neraca timbangan dan amal yang mendekatkan dirinya kepada Allah didalam neraca timbangan lainnya. Maka sudah tentu neraca timbangan keutamaan Ilahi lebih dari neraca timbangan ketaatan dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah yang telah ditentukan oleh Allah baginya.

Seandainya engkau melihat kepada nikmat Allah yang telah engkau pergunakan dalam hidup kamu maka kamu dapat melihat secara kilas dari sekian penglihatan kamu yang menyenangkan kamu terhadap nikmat ini, ternyata nikmat yang kamu terima lebih banyak dari ketaatan yang kamu lakukan. Kamu adalah hamba Allah, dengan kekuasaanNya kamu mentaatiNya, dengan rahmatNya kamu berjalan kepadaNya, dengan RahmatNya juga yang telah diberikan kepada kamu supaya kamu dekatkan diri kamu kepadaNya. Sesungguhnya aku tidak berkata sebagaimana berkata orang tuaku dalam beberapa doa:

"Wahai Tuhanku, aku bersyukur kepada Kamu, namun Engkaulah yang mengilhamkanku untuk bersyukur kepadaMu. Maka kesyukuranku padaMu memerlukan agar aku bersyukur kepadaMu agar sentiasa Engkau restuiku terhadap rasa syukur ini. Ketika itu perintah dari Allah terjadi secara berurutan, maka Engkau adalah Pencipta bagi segala sesuatu dan Engkau sangat lembut terhadapku dalam segala Hal."

Jadi firman Allah SWT dalam surah An Nahl ayat 32, yakni, "Maka masuklah kamu kedalam syurga disebabkan apa yang telah  kamu kerjakan." ketetapan ini berasal dari satu arah. Sedangkan kita harus mengetahui bahawa kita masuk syurga disebabkan keutamaan dari Allah SWT. Engkau lasanakan terhadap apa yang telah dibebankan kepada kamu dengan perasaan yang benar didalam dirimu. Sampai apabila kamu lakukan apa yang Allah perintahkan kepada kamu dan Dia memberikan pahala kepada kamu sesuai dengan yang diniginkan. Maka hendaklah kamu mengetahui bahawasanya engkau berusaha untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT saja, bukanlah bagi kamu kecuali engkau engkau tamak untuk mendapatkan Rahmat dan keampunanNya.

Sebahagian orang-orang soleh bermimpi dalam tidurnya melihat seorang lelaki yang soleh setelah dia wafat, kemudian dia berkata kepadanya dan dia telah mengetahui bahawa lelaki soleh tersebut telah meninggal .

"Apa yang telah dilakukan Allah terhadap kamu?"

Lelaki tersebut menjawab:
"Aku berdiri menghadapNya, kemudian Allah menjawab, 'Dengan apa engkau datang menghadap kepadaKu' ?"

Lelaki tersebut menjawab:
"Ya Tuhanku, aku adalah seorang hamba dan seorang hamba tidak memiliki sesuatu ketika datang menghadap kepada tuanNya, aku datang menghadap Kamu mengharap keampunanMu dan mengharapkan kemuliaanMu. Apakah kamu lihat dalamnya terdapat perkataan yang berhubungan dengan peribadahan? Beginilah kita menghadap kepada Allah SWT besok.Barang siapa yang belum mengetahuinya hari ini, maka dia akam mengetahuinya besok."

Ini telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu hurairah dan dari hadis Aisyah dan hadisnya abu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk syurga salah seorang diantara kamu disebabkan kerana amalnya, para sahabt bertanya, 'dan tidak juga engkau, ya Rasulullah.' 'Ya, kecuali kalau Allah memasukkanku dengan RahmatNya."

Jika kita teliti secara terperinci dan mendalam akan perkataan Rasulullah s.a.w. ketika menjelaskan makna yang kami jelaskan kepadanya.

Maka Rasulullah s.a.w. tidak berkata:
"Tidak aku akan masuk syurga salah seorang diantara kamu kerana amalnya." Seandainya dia berkata seperti itu, maka perkataannya bertentangan dengan Al Quran yang memutuskan bahawa Allah SWT memasukkan hambaNya yang soleh kesyurga sesuai amal mereka, sebagaimana termaktub dalam surah an Nahl ayat 32.

"Masuklah kamu kedalam syurga itu diisebabkan apa yang telah kamu kerjakan."

 Akan tetapi, dia berkata:
"tidak akan masuk syurga salah seorang diantara kamu kerana amalnya."

Bahawasanya kamu menyandarkan diri atas amalan kamu menjadi faktor penyebab mendapat keampunan Allah dan kemuliaanNya kerana Allah. Dia yang telah menjadikan amalmu berkurang sebagai jalan untuk mendapatkan keampunan dan syurgaNya.

Dalam firmanNya:
"(Dengan apa-apa yang telah kamu lakukan)"

Ayat terserbut adalah pennggiringnya sedangkan pengikatnya adalah amal, Rahmat Allah, kemuliaan dan Keampunan Allah bukankah hak kamu wahai sekelian hamba dimana pun kamu berada dan bagaimanapun keadaan dan darjat kamu.

Mati kita lihat satu contoh:
Salah seorang diantara kami bersedekah dengan wang yang diberikan kepada seorangh fakir, sekarang fikirkan bagaimana secara jelas Tuhan Pemberi Rahmat dan Keampunan, dimana al-ba yang termasuk dalam sebab-sebab atas suatu amal. Disini dapat kita fahami bahawa harta tersebut adalah harta Allah dan tidak ada pemilik sesungguhnya kecuali dia.

Bukankah Allah berkata:
"Dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakanNya kepada kamu." (An Nur: 33)

Kemudian Dia berbicara kepada kami seraya berkata:
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya dijalan Allah), maka Allah akan memperlipatkan gandakan pembayaran kepadanya dengan berlipat kali ganda yang banyak." (Al Baqarah: 245)

Dia memberikan hartaNya kepada kamu, kemudian ditentukan bahawasanya engkau adalah penguasa sesungguhnya harta itu, kemudian berdirilah zatNya yang tinggi menduduki tempat sebagai peminjam darimu, sambil berkata:
"Adakah kamu memberikan pinjaman kepadaku dari sebahagian harta kamu ini, kemudian aku berjanji kepadamu akan mengembalikannya kepada kamu dengan berlipat ganda!"

Adakah kamu yakin, bahawa engkau adalah pemilik harta sesungguhnya dan Allah memerlukan kepada kamu serta sebagai peminjam dari kamu!...Adakah mungkin kamu dapat bersyukur dengan uslub yang paling utama lagi sangat sayang ini. Sesungguhnya engkau lalai ketika engkau bersedekah bahawasanya engkau adalah pemilik sedangkan Allah sebagai peminjam.

Kermudian kamu mengira bahawa engkau memberikan pinjaman kepadanya secara berlebihan dilihat dari segi kegunaan yang telah engkau janjikan kepadaNya!

Seandainya kamu fikirkan hal ini dan kamu lupa bahawa ba sababiyyah disini sebagai penggiring bahawa Tuhan itu, maha lembut, maka kamu akan gila...!

Jadi kita telah faham dan kita rasakan makna perkataan Rasulullah s.a.w. "(Tidak akan masuk salah seorang diantara kamu kesyurga kerana amalnya....)" hingga akhir hadis.

Tetapi kalau kita tanyakan,
"Apakah terdapat pertentangan diantara janji Allah kepada kamu masuk syurga dengan RahmatNya dan diwaktu lain Dia memerintahkan kepada kamu untuk menyembahNya?"

Tentu tidak bertentangan, kerana ibadah itu hak Allah atas kamu kerana kamu adalah seorang hamba, sedangkan syurga diberikan oleh Allah kepadamu sebagai Maha Penyayang dan PengampunNya Allah kepadamu.

Telah ditentukan dalam hukumNya bahawa orang yang pertama mendapatkan RahmatNya adalah mereka-mereka yang paling banyak melaksanakan kewajipan-kewajipan kepada yang paling banyak melaksanakan kewajipan-kewajipan kepadaNya. Hal tersebut telah dijelaskan dalam firmanNya:
"Dan RahmatKu meliputi segala sesuatu, maka akan Aku tetapkan RahmatKu untuk orang-orang yang bertaqwa." (Al A'raf 156)

Janganlah orang berkata:
"Aku tidak memerlukan Rahmat Allah dan keampunanNya jika aku orang beriman dan bertaqwa?

Ini kerana Iman dan taqwa tdak terdapat didalamnya nilai kerana pemberian yang diterimanya akan tetapi ia menjadi hak yang tersusun rapi bagi Allah kepada kamu, maka kamu tidak dapat menerima sesuatu itu dan semua yang kamu terima dariNya merupakan satu Keutamaan, Rahmat dan Keampunan.

Sekarang kita kembali kepada perkataan Ibn 'Ataillah, dimana kita berhenti atas satu titik yang sangat penting yang memperingatkan kita iaitu,

"Diantara tanda-tanda berpegang pada satu amalan iaitu berkurangnya harapan ketika terjadi satu kesalahan."

Diantara bahaya hasil dari berpegangnya kamu pada pahala yang diberikan Allah ketika melaksanakan satu amalan iaitu berkurangnya harapan kamu terhadap keampunanNya ketika kamu tergelincir dalam melakukan kemaksiatan dan dosa. Maka diantara dua hal ini hasilnya tidak akan menjadi maksimum. Satu-satunya jalan adalah jangan berkurang harapanmu terhadap Rahmat Allah dan KeampunanNya ketika terjadi kelalaian iaitu jangan bersandar kepada amal kamu ketika kamu memperoleh taufik. Ketika itu terjadi pada dua hal secara mutlak menuju kemuliaan dan kemurahan allah, sesuai dengan kadar ketakutan kamu terhadap mkemarahanNya.

Maka rasa takut terhadap marahNya Allah dan azabNya harus ada seiring dengan munculnya harapan yang terus menerus untuk mendapatkan Rahmat dan KeutamaanNya kerana manusia siapapun orangnya, tidak terlepas dari kelalaian dalam menjalankan hak-hak Tuhan atasnya dalam segala situasi dan keadaan.

Dari sini siapa yang melihat bahawasanya beliau lemah dan lalai tidak dapat melakukan sesuatu dari hak-hak Allah atasnya maka akan menumbuhkan saling tarik-menarik antara dua perasaan yang sama dalam setiap  hal.

Salah satunya timbulnya  perasaan terhadap harapan untuk mendapatkan keutamaan  dan keampunan Nya.
Kedua- Timbul rasa malu dan takut terhadap kelalaian disisi Allah., tidak tumbuh perasaan yang pertama jika dia melihat dirinya berada pada ketaatan dan dia melihat dirinya lalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap Allah.

Dalam setiap hal tidak dapat ditegakkan ketaatan atasnya dalam  satu timbangan . Tidak menyandarkan atasnya dalam satu keinginan untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah. Jika dia melihat dirinya berada pada ketaatan dan dia tidak memerlukan peraasaan kedua jika dia melihat dirinya lalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap Allah. Dalam setiap hal tidak dapat ditegakkan ketaatan atasnya sebagai satu timbangan. Tidak menyandarkan atasnya dalam satu keinginan untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah. Jika dalam hal ini dalam segala hal terdapat antara rasa dan harapan.

Kadangkala syaitan menggangu kamu bahawa ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah tidak mendapat izin didalam melahirkan keutamaan Allah terhadap hambaNya, maka tidak ada perbedaan.

Hendaklah engkau ketahui bahawa gangguan syaitan ini bukan hasil dari ini yang telah kami terangkan dari perkataan Ibn 'Ataillah dan juga tidak termasuk perkataan para Ulama tauhid terhadap masaalah ini...sebagaimana Allah berfirman,
"Dan Rahmatku meliputi segala sesuatu, Apakah yang Dia katakan setelah itu: 'Aku akan mewajibkannya terhadap seluruh manusia semua.' Kemudian Dia berkata: 'Maka aku akan mewajibkannya bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al A'raf: 156)

Kedua-dua perintah tersebut tidak terlepas dari peribadahan manusia kepada Allah, salah satunya bahawa dia berjalan dijalan yang mendapat petunjuk dan dibawah perintah Allah serta menjauhi apa yang dilarangNya. Yang kedua hendaklah dia mengetahui bahawasanya itu sesuai dengan rahmat Allah dan keampuinanNya, bukan kerana usahanya dan amalnya dia menerima upah dan pahala.

Ini adalah makna yang sempurna yang terdapat didalam Firman Allah:
"Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh," kemudian Dia memberi petunjuk." (Tha Haa: 82)

Iman dan amal soleh merupakan dua kewajipan sedangkan pahala datang dengan cara pengampunan, tidak dengan cara memberikan pahala dan berhak untuk menerimanya.

Sesungguhnya aku melaksanakan pengabdianku kepada Allah dengan melaksanakan apa yang diperintahkannya itu sebagasi pajak penghambaan kepada Allah yang berada dipundakku. Kemudian aku memohon kepada yang ada dilangit, seraya berkata:

"Ya Rabbi. aku hambaMu, nyawaku berada ditanganMu, seluruh ketetapan Allah berjalan secara adil. keputusanMu membuat membuatku merminta kepadaMu akan RahmatMu, jangan Engkau berikan kepadaku kerana aku berhak menerimanya tetapi Engkau berikan padaku kerana memang Engkau yang berhak Memberi.

Sesungguhnya Engkau berkata:
"Katakanlah masing-masing bekerja sesuai dengan KEADAANNYA." (aL iIsraa': 84)

KeadaanMu adalah pemberi Rahmat. maka berilah Rahmat kepadaku dan kemudian keadaanMu adalah pemberi keampunan, maka ampunilah aku.

Aku berkata seperti perkataan ini tanpa meminta balasan atas satu amalan, aku melihat bahawasanya aku telah berusaha secara maksima, tetapi aku memberikan Rahmat kepadanya sesuai dengan kelemahanku dan kerasnya permintaanku, aku mohon agar kiranya diberikan sesuai dengan pemberian dan kebaikan. Beginilah keadaan ibadah kepada Allah SWT.

Bersambung

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)