Ibn 'Ataillah berkata kepada kami:
"Hendaklah kamu berpegang pada ridho Allah dan dengan balasan yang telah dijanjikan kepada kamu terhadap satu amalan yang telah kamu kerjakan dan telah kamu tegakkan, seperti solat, puasa, sedekah, pelbagai jenis perlumbaan, bahkan dalam melakukan amalan tersebut hendaklah berpegang pada kurnia, keutamaan dan kemuliaanNya."
Adakah dalil yang menjelaskan hal ini?
Ada, iaitu hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh bukhari dan selainnya:
"Tidak akan masuk syurga salah seorang diantara kamu kerana amalnya,"
Sahabat bertanya, "Tidak juga engkau Ya Rasulullah?"Rasul Berkata:
"Dan tidak juga aku, kecuali kalau Allah memasukkan ku dengan rahmatNya."
Jadi, amal bukan harga mati yang menyebabkan seseorang masuk syurga. Kalaulah demikian, maka yang diminta adalah kamu tamak dalam mendirikan satu amalan sesuai dengan ridho Allah dan balasanNya, sebagai satu harapan bagi kamu mendapat keutamaan, keampunan dan kemuliaanNya, tidak mengharapkan ganjaran atau pahala atas amal yang kamu lakukan kepadaNya.Disini dia berkata:
"Diantara dalil yang menunjukkan bahawa berpegangnya kamu terhadap amalan, bukan berdasarkan keutamaan Allah iaitu berkurangnya harapan kamu terhadap keampunanNya ketika kamu melakukan satu kesalahan atau tatkala kamu melakukan maksiat dan kesalahan."
Sesungguhnya hal seperti ini terjadi iaitu ketika kamu mengharapkan kemuliaan Allah dan pemberianNya, Maka pada hakikatnya kamu berpegang pada amal kamu, manakala amal kamu sedikit dan dosa-dosa banyak maka hilanglah harapan. Ini adalah timbangan yang menunjukkan bahawa kamu berpegang terhadap amalan kamu dan tidak mengharapkan keutamaan Allah SWT serta kemuliaanNya. Inilah keterangan secara ringkas makna hikmah dari Ibnu 'Ataillah rahimahullah.Sesungguhnya hikmah ini berkaitan erat dengan aqidah dan berhubungan secara jelas dengan sunnah. khususnya terhadap Sabda Rasulullah s.a.w, kemudian berhubungan erat dengan akhlak yang tarbawi, keterangannya akan menyusul, insyaAllah.
Untuk mengetahui hubungan ini, bahawa hikmah dari Ibnu 'Ataillah terbahagi kepada tiga bahagian, antara lain:
1. Berkaitan dengan Tauhid.
2. Berkaitan dengan Akhlak
3. Berhubungan dengan Akhlak dan Penyucian Jiwa dari segala kekotoran.
Untuk memulakan penjelasan tentang bab keyakinan (I'tiqad) dan penempatannya pada hikmah yang pertama ini.
Berkata Ahli Tauhid:
"Jika Dia memberikan pahala kepada kami, hendaklah dengan mengutamakan keikhlasan dan seandainya Dia memberikan azab kepada kami hendaklah dengan penuh keadilan."
Ini adalah aqidah yang harus dipegang oleh setiap muslim. Dalam hal ini naiklah darjat salafus soleh Allah meridhoi mereka.Ada orang yang berkata:
"Secara zahir bahawa pahala yang menjadi hak kami berasal dari amal soleh yang telah kami kerjakan."
Akan tetapi jika kita memikirkan dan meneliti secara mendalam terhadap hubungan antara seseorang hamba dengan TuhanNya maka kita akan fahami bahawa perintahnya bukan seperti itu.
Apa makna perkataan kamu, "Sesungguhnya Allah memberikan pahala kepada ku kerana amalku."
Dia memasukkanku kedalam syurga kerana amalku?
Erti perkataan ini bahawa Allah SWT menentukan harga bagi mereka yang akan masuk syurga, jangan kamu misalkan dengan dirham atau harta dunia akan tetapi, kamu misalkan dalam peribadatan dengan menjauhi apa-apa yang diharamkan.
Seandainya kamu melakukan ketaatan dan menjauhi seluruh larangan maka kamu telah menetapkan satu harga, dan dari sini maka kamu dapat meraih barang yang kamu beli..!
Tatkala kamu berkata:
"Sesungguhnya aku mendapatkan pahala kerana amal yang telah aku persembahkan kepadaNya, inilah makna perkataan kamu."
Apakah perintah sebenarnya seperti itu?
Atau apakah ketika kamu melaksanakan perintah yang Allah minta kepada kamu lantas kemudiannya kamu pasti masuk syurga dan kamu menjadi pemiliknya sesuai dengan keringat yang telah kamu keluarkan.
Secara jelas dan sempurna, ini sesuai sebagaimana berhaknya orang-orang yang membeli barang didunia atau bumi dengan harga yang terbatas, yang dibayar oleh pemiliknya yang telah menunjukkannya untuk dijual!
Jika kamu fikirkan maka kamu dapat melihat bahawa dalam perkara tersebut terjadi perselisihan yang besar...aku ketika membayar harga kebun itu dengan wang saebagaimana yang diminta oleh penjual maka aku pemilik barang tersebut iaitu kebun ini tanpa harus dia berikan kepadaku, melalui ketentuan-ketentuan atau undang-undang yang telah diputuskan. Maka hakku yang aku katakan kepadanya: "Keluarlah dari tanahku ini kerana aku telah membayar kepada kamu harganya secara sempurna tanpa kurang sedikitpun."
Itulah perihal hubungan antara seseorang hamba dengan hamba lainnya..Tatkala Allah memerintahkan kepada kamu dengan ketaatan yang wajib kamu lakukan dan melarang kamu dari perkara-perkara yang diharamkan, yang telah Allah peringatkan kepada kamu, kemudian Allah memberikan taufikNya kepada kamu sehingga kamu dapat melaksanakan kewajipan-kewajipan dan menjauhi semua yang diharamkan, maka perkara tersebut menjadi bermacam-macam dengan pelbagai bentuk.
Siapa yang membuat kamu sanggup untuk melaksanakan solat yang kamu tunaikan?
Siapa yang membuat kamu mampu untuk menjalankan puasa yang kamu laksanakan?
Siapakah yang melapangkan dada kamu untuk beriman?
Bukankah Dia Allah SWT?
Maha benar Allah yang berfirman:
يَمُنُّونَ عَلَيۡكَ أَنۡ أَسۡلَمُواْۖ قُل لَّا تَمُنُّواْ عَلَىَّ إِسۡلَـٰمَكُمۖ بَلِ ٱللَّهُ يَمُنُّ عَلَيۡكُمۡ أَنۡ هَدَٮٰكُمۡ لِلۡإِيمَـٰنِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِين
"Mereka berasa telah memberi nikmat kepada kamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu berasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislaman kamu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepada kamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar." (Al hujurat: 17)
Jadi disana terdapat perbedzaan besar antara dua surah ini. siapakah yang mernjadikan kamu cinta akan iman dan menjadikan kamu benci terhadap kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan?Siapa?
Dia adalah Allah SWT.
Siapakah yang melapangkan dada kamu dan menjadikan diri kamu sanggup untuk datang kerumah Allah, untuk melaksanakan solat berjemaah, kemudian kamu duduk dan mendengar nasihat-nasihat yang mendekatkan diri kamu kepada Allah SWT.
Siapa?
Iaiitu, Allah SWT, jadi apa yang tidak mungkin bagimu, bahawa ketaatan merupakan harga yang kamu membayarkannya kepada yang Menguasai kamu untuk menerima penguasaan kamu terhadap syurganya Allah SWT, sebagai ukuran atas mereka yang membayar sebahagian harga dari hartanya agar dapat memiliki kebun tersebut, sedangkan ukurannya terdapat perbedzaan yang cukup besar.
Jadi kamu tidak boleh menggambarkan bahawa kamu berhak mendapatkan syurga dan pahala dari Allah SWT kerana kamu telah memberikan dan mempersembahkan sesuatu kepadaNya sebagaimana yang dimintaNya dan kerana kamu telah melakukan apa-apa yang telah diwajibkan serta menjauhi apa-apa yang dilakepada kamu. Maka kamu tidak boleh menyakini ini.
Seandainya kamu menyakininya, maka hal tersebut merupakan salah satu bahaya dari syirik.
Sambungan pt 2
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment