Sunday, October 4, 2009

Wujud Hakiki

Wujud  yang paling nampak sekali adalah wujud Allah. Wujud benda-benda lain adalah dengan cahaya Allah. apabila and memerhati, anda akan memerhatikan mula-mula sekali cahaya Allah, kemudian wujud rupa yang ditunjukkan oleh cahaya ini.

Apabila and membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ia ada dalam khayalan sahaja . Pada lahirnya ia adalah gula atau lilinnya. Tidak ada bentuk pada gula atau lilin, apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya hancur.

Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin. Ianya tidak ada ukuran yang menjadikan dua benda yang berasingan. Benda atau rupa adalah 'Adum' (tidak ada) dan gula atau lilin itu adalah lahir sahaja. Oleh itu, wujud dan sifat Allah sahaja yang ternampak.

Jika anda lihat sendiri pada benda-benda, anda akan lihat wujud Allah. apabila anda lihat perkataan dalam tulisan, anda nampak dakwat bukannya perkataan sebenarnya.

Pandangan terhadap diri anda sendiri adalah pandangan terhadap Allah. "Sesiapa yang kenal dirinya kenallah akan TuhanNya." Inilah rahsia proses ini. Pandangan terhadap wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda sendiri. "Allah mengatasi perintahNya." Jika anda memerhatikani diri anda sendiri dahulu, anda boleh jadi lupa memerhati Allah.

Sheikh Athoilah As Kandari ada menegaskan keajaiban pada orang yang tidak dapat menanggapi wujud Allah dengan kata-katanya:

1. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah) yang  mendzhohirkan segala sesuatu,

2. Baagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah)  yang nampak dzhohir pada sesuatu.

3. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah)  yang nampak dalam tiap-tiap sesuatu.

4. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah)  yang nampak pada tiap segala sesuatu,

5. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah)  yang ada dzhohir  sebelum adanya sesuatu.

6. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah) lebih jelas nampak dari segala sesuatu.

7. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah) yang tidak ada disampingnya sesuatu apa pun

8. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia (Allah) yang lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu.

Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu.

Alangkah ajaibnya (sungguh sangat ajaib) bagaimana nampak wujud yang didalam 'adum (tidak ada)..atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang hancur disamping zat yang bersifat Qadim.

Sesuatu yang hakikatnya 'tidak ada' bagaimana boleh nampak akan kewujudannya. Hakikat  'adum itu adalah gelap, kosong sedang wujud itu bagaikan nur yang terang.demikianlah pula Batil dan haq. Batil itu hancur sedangkan Haq itulah yang wajib ada selamanya dengan Qidamnya. Hakikat 'adum selamanya tidak boleh (mustahil) bertukar menjadi wujud.


By : Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)