Sunday, October 4, 2009

Ruh, akal , nafsu dan Qalbu

Ruh , akal Nafsu, dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah s.a.w. membuat perbandingan akan Qalbu sebagai Raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya:

"Sesungguhnya dalam tubuh anak adam itui ada seketul daging bila baik maka baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Rasulullah itu adalah Qalbu." (Riwayat bukhari Muslim)

Qalbu diibarat pemerintah atau Raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau Raja itu baik maka baiklah sekelian rakyat. Yakni harti apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan tariqat sufiah dengan sentiasa bermujahaddah. Maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah SWT kepadanya. inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya:

"Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah."

Ini adalah disyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang dzhohir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiarkan yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali dengan katanya:
"Dan adalah hati itu berdinding daripada Allah Taalajadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun dzhohir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang zulumah."

Maka Dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru-Tasauf melalui tyariqat yang dinamakan Ilmu suluk kerana:
Tidak hasil kejernihan dan kesucian dengan tidak melalui tariqat(Pengambilan Ilmu atau amalan daripada guru) yang diterima daripada guru yang musyid.

Dan tiada mengetahuyi kebaikan hati dan kejahatan selagi tidak merasai 'Zauk' kemanisan ibadat yang warid (dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir Dan,

Taiada boleh membedza antara yang haq dan yang batil (makna sebenar hakikat , makrifat disisi Ahli Muhaqqiqah) selagi belum dapat ilham hasil daripadaNya dan

Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum sebelum dapat tajalli dan kasyaf yang hasil daripadanya.

Dan tak dapat tidak, awal-awal mereka yang hendak mengewnal tuhanNya dengan jalan 'Zauk' dan wujudan perlu mengenali dirinya dahulu, seperti bahawa:
* Apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenai TuhanNya bersifat dengan kuasa dan,
* Apabila mengenal dirinya bersifat dengan papa nescaya mengenal TuahanNya bersifat dengan kaya dan,
* Apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat Fana nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Baqa dan,
* Apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Qadim. 

By: Perihatin 

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)