Sunday, October 25, 2009

Kalimah Istiqamah (Istiqomah)


Kalimah tauhid disebut juga dengan kalimah Al Istiqamah_Maksudnya meneguhkan pendirian. Sebabnya:
Jika seseorang telah mengaku akan keimanannya terhadap Allah SWT maka dengan rasa tulus dan ikhlas ia akan tetap dengan keimanannya itu.

Firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ حٰمٓ السجدة / فُصّلَت

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٣٠)
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembiralah mereka dengan (memperoleh) syurga yang dijanjikan Allah kepadamu.” (Fushilaat: 30)

Menurut Ibnu Masud r.a. bahawa yang dimaksudkan dengan Istiqamah diatas ialah suatu ucapan kalimahLaa ilaaha illallah’. Sebanya ucapan sedemikian adalah ucapan orang-orang mukmin yang mengatakan: “Rabb kami adalah Allah.” Dan ianya merupakan ikrar tentang wujudnya Allah SWT.

Sesungguhnya, keselamatan manusia pada hari kiamat nanti bergantung kepada Istiqamah atau teguhnya pendirian seseorang dalam menolak segala perkara yang musyirik. Kemudian tetap berpendirian pula dalam beriman kepada Allah SWT. Orang yang Istiqamah, dengan memegang teguh ajaran Islam akan mampu menolak segala kemusyirikan yang dapat merosakkan aqidah (akidah)  seseorang.

Firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ البَقَرَة

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٲشً۬ا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً۬ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ رِزۡقً۬ا لَّكُمۡ‌ۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٢)
“Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).” (Al Baqarah: 22)

Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, ramai orang yang suruh bersabar tetapi tidak ramai mampu bersabar. Seterusnya ramai yang memohon maaf tetapi tidak ramai yang boleh memberi maaf. Dan “adalah baik menjadi orang yang penting tetapi lebih penting menjadi orang yang baik”. Ramai orang zaman sekarang yang ingin menjadi orang yang penting disisi masyarakat, namun tidak ramai yang ingin menjadi orang yang baik disisi masyarakat. Disinilah perlunya istiqamah dalam diri kita, iaitu patuh dan tunduk dengan segala arahan dan larangan-NYA.


Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhoan-NYA, bukannya keredhoan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhoinya tetapi, tidak bagi Allah SWT, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membencinya tetapi Allah meredhoinya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut.


By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)