Kalimah Tauhid ini, menunjukkan kepada penolakan terhadap kemusyirikan . Sebab tauhid ini merupakan pengakuan terhadap keEsaan Allah SWT. Tidak ada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Jika ada orang yang menyembah selain daripada Allah, maka ia tergolong kepada orang-orang yang musyirik.
Firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (١٦٣)
“Dan Tuhanmu adalah Tuhan yan Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al Baqarah: 163)
Sesungguhnya Allah Maha Esa, jika ada orang yang mengaku ada tuhan selain Allah, maka Allah menjelaskan dengan ayat-ayat Al Quran bahawa Allah itu Maha Esa. Kemudian menghilangkan daripada khayalan minda mereka yang sesat itu dengan penjelasan yang benar.
Menolak kalimat Tauhid atau kalimah mengEsakan Allah bererti memilih syirik sebagai cara hidup. Jika ini terjadi, maka balasannya adalah kehinaan terhadap golongan musyrik ini. Sesungguhnmya kalimah tauhid ini merupakan kalimah yang Agung, merupakan pengakuan didalam sanubari insan terhadap Hakikat Pencipta iaitu Allah yang Maha Tunggal.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment