Sedarilah (kiranya anda terlibat) wahai orang Islam, sudah berapa banyak ujian yang anda telah hadapi dan telah lalui beberapa banyak ibarat, perumpamaan, kesah dan tauladan serta pengajaran keatas anda sedangkan anda masih lupa dan lalai.
Dan telah berapa banyakkah anda meninggalkan kepatuhan kepada Tuhan anda, dan meninggalkan sembahyang sehingga jadilah Islam itu berada pada suatu lorong, sedangkan anda sendiri berada pada suatu lorong yang lain?
Dan sehingga bilakah lagi, anda hendak melengah-lengahkan sembahyang anda, atau melupakan sembahyang anda, sedangkan ianya merupakan Tiang Agama dan Asas Islam: yakni rahsia, punca keselamatan dan pokok kejayaan (hidup) juga merupakan suatu perjanjian Allah keatas orang-orang Islam. Sedangkan anda tidak mementingkan sembahyang, melengah-lengahkan sembahyang atau ada yang sehingga keluar pada watu yang ditetapkan atau ada yang tidak sembahyang langsung?
Maka adakah sikap ini untuk merendah-rendahkan Agama Islam(Islam) atau anda meragui tentangnya, tentang kefardhuannya, kesahihannya, juga tentang keseksaan dek meninggalkannya sehingga keluar dari waktunya, apa lagi terhadap orang yang meninggalkan keseluruhan sembahyang secara terus menerus?
Atau adakah wahai orang-orang yang beriman, orang yang mengakui mereka adalah orang Islam, apakah anda menyangka bahawa sesiapa yang melengah-lengahkannya (sembahyang itu) adalah perkara biasa, tidak mustahak, tidak penting, lupa atau pun lalai, ...sedangkan anda sedia maklum, sembahyang itu merupakan suatu ikatan dalam Islam, tidaklah akan menjadi apa-apa kepadanya dan tidak pula tercela?
Seandainya berlakulah sedemikian rupa, maka dengarlah, tentang kedudukan sembahyang dalam agama(Islam) yang bersumberkan daripada firman-firman Allah, sabda-sabda Nabi dan RasulNya serta pendapat Para Iaman, para ulama,' tokoh-tokoh Ilmuan, Para sahabat dan orang-orang yang digelar Islam.
Ketahuilah, bahawasanya meninggalkan sembahyang itu jelas sekali mereka-mereka ini telah terlepas dari pemeliharaan Allah SWT dan pengawasan Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya. Dia sebenarnya berada didalam kehidupan yang sempit, samaada dia hidup atau mati, sama saja, bahkan boleh dikatakan seperti bangkai tidak bernyawa kemudian dia akan dimasukkan kedalam Neraka menjadi tempat tinggalnya, tempat pulangnya dan tempat kembalinya Dan disanalah mereka akan dapat mengetahui samaada langit itu tinggi ataupun rendah.
Tiadalah orang yang berani melengah-lengahkan atau meninggalkan sembahyang atau terkeluar dari lepasan waktu yang ditetapkan melainkan mereka ialah orang-orang yang ditetapkan kecelakaanya dan besar dosanya. Itulah orang-orang yang menyesal berpanjangan, merugikan hidupnya dengan penuh kesia-sian dan cemas.
Betapa tidak! Sesungguhnya Allah SWT telah pun berfirman mengenai kefardhuan sembahyanbg dan membesarkan kepentingannya dalam firmanNya bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu menjadi kewajipan bagi orang-orang mu'min dimana dia difadhukan berwaktu (mesti dilaksanakan dalam watu yang terbatas)." (An nisaa': 103)
Dalam FirmanNya yang lain:
"Hendaklah kamu memelihara segala sembahyang dan (terutama) sembahyang wusta ('Ashar) dan dirikanlah (sembahyang) untuk Allah dengan khusyu'" (Al Baqarah: 238)
Sebenarnya sembahyang itu adalah sebagai suatu tanda kesyukuran manusia kepada Tuhan Pencipta yang menciptakannya, apalagi menjadikannya sebagai makhluk yang ber'akal dan beriman. Dan dilahirkan dalam keadaan Islam, sudah sepatutnya dia bersyukur.
Allah SWT tidaklah mempunyai apa-apa kepentingan terhadap sembahan(peribadatan) yang dilakukan manusia kepadaNya dan tidaklah menjadi apa-apa kepadaNya samaada sebahagian mereka melakukan atau pun tidak melakukannya.
Kita perhatikan firman Allah berkaitan manusia yang menangguhkan sembahyang sehingga terlepas dari waktunya.
Firman Allah SWT:
"Maka 'wail' lah bagi kalangan orang yang bersembahyang, iaitu orang-orang yang lalai daripada sembahyang mereka." (Al Ma'un: 4-5)
"Wail itu ialah nama sebuah lembah dalam neraka Jahanam yang seandainya dilemparkan gunung-gunung (dalam dunia ini) nescaya dia akan cair dan mengalir(hancur) dek kepanasannya." (menurut 'Ataa' bin yasaar)
Manakala Ibnu 'Abbas r.a. berkata:
"Wail itu ialah sebuah lembah dijahanam dimana Jahanam sendiri meminta berlindung daripada kepanansannya dan dia adalah suatu tempat tinggal di(neraka) bagi orang yang melewatkan sembahyang (sehingga terkeluar) dari waktunya."
Al Hasan Al Bashri r.a. (rahimahumullah) pernah ditanyakan mengenai ayat 4-5 Al Ma'muun diatas maka beliau berkata:
"Ialah orang yang lupa dari waktu sembahyang sehingga terkeluar dari waktunya"
Manakala sebahagian Ulama' berkata ialah orang yang apabila dia bersembahyang diawal waktu, dia tidaklah merasa gembira dan apabila dia melewatkannya dia tidaklah berdukacita maka dia tidaklah memandang menyegerakannya sebagai suatu kebaikan dan tidak pula memandang melewatkannya sebagai suatu dosa sebab keadaan demikian menunjukkan hatinya telah mati (tidak lagi berfungsi)
Seterusnya Wahb Bin Munabbib pernah berkata:
"Hairan sekali dikalangan manusia ada orang yang menangisi orang yang kematian jasadnya tetapi dia tidak menangisi orang yang kematian hatinya, sedangkan kematian hatinya itu lebih hebat.
Meninggalkan sembahyang terbahagi kepada beberapa Golongan:
1. Golongan yang menolak kefardhuannyua:
2. Golongan yang menerima tetapi tidak melaksanakannya.
3. golongan Acuh tak acuh (bersahaja)
Bersambung
By Perihatin
No comments:
Post a Comment