Friday, October 16, 2009

Mengapa arak haram?

Diceritakan bahawa seorang lelaki telah datang kepada seorang ahli Fekah dan bertanya masaalah halal haram.
“Apakah arak itu haram?” tanya lelaki itu.

“Haram,” jawab ahli Fekah.


“Bagaimana pendapat tuan buah anggur, anggur kering dan kurma, apakah ia halal atau haram?” tanya lagi lelaki itu.


“Halal,” jawab ahli Fekah.


“Bagaimana pendapat tuan tentang gula, air tebu (jika membeku) dan madu, apakah ia halal atau pun haram?” selit lelaki itu lagi.


“Halal.” kata ahli Fekah lagi.


“Bagaimana arak boleh haram, padahal ia berasal dari benda-benda yang halal?” kata lelaki itu.


“Bagaimana pendapatmu kalau engkau mengambil segenggam tanah, lalu dibalingkan pada muka mu atau pada dadamu, apakah ia menyakitkanmu?” soal ahli fekah pula.


“Tidak,” jawab silelaki itu.


“Kalau engkau mengambil sebgenggam sekam lalu kamu balingkan kedadamu, apakah ia menyakitkanmu?” soal ahli Fekah lagi.


“Tidak,” jawab lelaki itu.


Nah sekarang sila engkau ambil segenggam tanah dan segenggam sekam kemudian bancuh dan gaulkan dengan air, mampatkan lalu jemur dibawah sinar matahari buat beberapa hari. Setelah itu kamu balingkan kemukamu, apakah ia dapat menyakitkan engkau?” usul ahli fekah lagi.


“Sudah tentu sakit,” jawab silelaki itu selamba.


Demikianlah perbandingannya.Jika benda yang anda sebutkan tadi dicampur lalu diproses dengan cara tertentu, akan menjadi haram. Sama halnya dengan benda yang remeh temeh yang diproses dengan cara tertentu boleh mendatang mudarat.

By Perihatin


No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)