Menjual harta dunia yang lebih cintakan dunia dari akhirat adalah makhluk yang paling hina lagi bebal.
Ia mengutamakan fantasi dari alam yang sebenarnya (akhirat). Ia lebih memuja alam mimpi dari alam sedar. Mengejar yang fana dan meninggalkan yang abadi.
Ia mengutamakan fantasi dari alam yang sebenarnya (akhirat). Ia lebih memuja alam mimpi dari alam sedar. Mengejar yang fana dan meninggalkan yang abadi.
Menjual akhirat dengan membeli dunia yang fana. Padahal kehidupan didunia ini bagaikan baying-bayang yang disangka orang ia adalah hakikat. Tetapi sebenarnya ia semakin tirus dan menghilang.
Bencana harta boleh datang dari sifat kikir dan tidak mahu membelanjakannya kearah kebaikan.
Bencana harta juga terbit dari sifat suka menunjuk-nunjuk kekayaan kepada orang lain, mempamirkan kemewahan hidup dengan rumah yang paling mahal dan sebagainya.
Bencana harta juga boleh datang dari sifat membazirkan harta sendiri atau harta Negara dengan cara melancarkan projek-projek mega yang pada hakikatnya lebih menguntungkan suku sakat dan anak-anak.
Allah mengutuk pembaziran dan menganggap para pelakunya adalah teman-teman syaitan.
Bencana harta juga boleh datang dari system ekonomi kapitalisme., liberalisme sekularisme yang digunapakai sebagai system Negara. Ia akan memungkinkan manipulasi, spekulasi, dan sebagainya oleh ejen-ejen harta antarabangsa dengan memporak perandakan ekonomi. Manakala pemodal asing dan suku sakat orang yang memerintah mengautkan keuntungan yang berlipatganda disamping memiskinkan umat beratus billion ringgit dalam jangka masa yang begitu singkat.
Bagaimanakah kita dapat mengatasi masaalah yang datang dari sifat serakah terhadap harta benda dan habuan diunia ini. Bagaimana pula kita dapat menghadapi bencana yang mungkin timbul dari harta. Inilah persoalan yang mendesak dan perlu dicari jawapannya dengan segera.
Bencana harta ini,
DATANGNYA DARI SIFAT DAN TELATAH TAMAK MANUSIA ITU SENDIRI.
Telatah dan sifat buruk yang belbagai jenis itulah yang perlu dirawat. Salah satu jalan merawatnya ialah dengan mendidik umat manusia agar memiliki sifat-sifat mahmudah atau terpuji seperti apa yang digalakkan oleh agama Islam itu sendiri.
DATANGNYA DARI SIFAT DAN TELATAH TAMAK MANUSIA ITU SENDIRI.
Telatah dan sifat buruk yang belbagai jenis itulah yang perlu dirawat. Salah satu jalan merawatnya ialah dengan mendidik umat manusia agar memiliki sifat-sifat mahmudah atau terpuji seperti apa yang digalakkan oleh agama Islam itu sendiri.
Menurut al Hakim al Tarmizi , langkah-langkah mendidik diri boleh dicapai dengan tujuh langkah:
- taubat
- zuhud
- Al Kasyyah
- memusuhi nafsu
- al Mahabbah
- membatasi hawa nafsu
- Al zikr
MANAKALA mengikut Imam Al Ghazali dalam kitanya ‘Arbain fi Usulid-din’ ialah:
- Taubat –menyesali siri dari perbuatan yang tercela
- Khauf/Taqwa – Perasaan takut kepada allah
- Ikhlas- niat dan amal yang tulus dan suci
- Syukur – rasa berterima kasih
- Zuhud – hidup sederhana, apa yang ada
- Sabar- tahan diri dari segala kesukaran
- Ridho – bersenang diri dalam menerima keputusan Allah SWT
- Tawakkal – Menggantungkan diri, nasib kepada Allah.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment