Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas didalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama kedalam dirinya., kerana syaitan itu meresap kedalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran didalam tubuhnya.
Sebenarnya, apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ المجَادلة
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٩)
“Syaitan telah menguasai mereka dengan menjadikan mereka lupa kepada Allah.":( Surah Al Mujadalah: 19)
Sebenarnya selain dari penyakit diatas, terdapat satu penyakit lain yang paling merbahaya iaitu penyakit WAS-WAS. Syaitan adalah penyebab kepada mereka yang merasai dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari Jalan Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. berpesan:
Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan belbagai cara. Lalu (pertamanya) melalui Jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata:
“Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agama kamu, dan agama nenek moyangmu?” Anak Adam, enggan mengikutinya tetap berpegang dengan Islam.
Kemudian dia menghasut pula dijalan hijrah, lalu dia berkata:
“Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampong halaman?”
Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah.
Kemudian syaitan menghasut pula pada jalan jihad. Dengn berkata:
“Adakah kau inigin berjihad sedangkan itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudiannya berperang, lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang, dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan.”
Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah memasukkannya kedalam syurga. (H.R Al Nasaa’i)
Bagi membantu manusia untuk menghadapaiu sifat rakus dan tamakkan dunia hasil daripada hasutan syaitan dan serangan-seranga Iblis, maka Islam telah menunjukkan kepada umat manusia belbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para Salihin dengan katanya:
- Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
- Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu menghadapinya dengan perasaan taku terhadap kedeatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
- Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas menghadapi nya dengan keyakinan bahawa kenikmatan akan hilang dan balasan buruk pasti menantri.
- Kagum terhadap diri sendiri (Ujub), lantasaku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.
- Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapi dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
- Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana’ah) dan ridho' terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.
- Riya’ dan suka pujian, lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.
- Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada disisi Allah.
- Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawadduk.
- Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan disisi Allah SWT dan tidak tamak terhadap apa yang ada disisi Allah SWT.
Diantara arahan-arahan yang dianjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk merngelak seranga-serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah SWT apabila memulakan setiap pekerjaan.
Satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a. berhubung dengan hal ini menyebut:
“Syaitan bagi orang-orqang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu didapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam keadaan gemuk-montel, sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin berada dalam keadaan kurus kering, bertelanjang dan kusut masai.
Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan mukmin:
"Kenapa kamu kurus kering?"
Lalu dia menjawab:
"Aku bersama seorang lelaki yang apabila dia makan dia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan, apabila dia minum dia sentiasa menyebut nama Allah. Lalu aku terus dalam keadaan dahaga. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, juga dia menyebuit nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai.”
Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata:
“Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakai bersama dengannya.”
Diantara cara-cara untuk dijadiokan kubu kuat pertahanan dalam menghadapi sifat Rakus dan tamakkan dunia ini ialah dengan cara:
1. Jangan terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Rasulullah s.a.w. bersabda mengingatkan:
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah, oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan.” (H.R Ahmad)
2. "Membaca Al Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah iapun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya.” (H.R Ibnu Abi Dunya)
3. Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah s.a.w.: “Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.”
Dalam kita mengejar kekayaan dan kemajuan sains dan teknologi canggih, terdapat golongan manusia yang terlalu rakus dan tamak dengan harta benda, sehingga sanggup mencampakkan diri mereka kelembah kehinaan dan kebinasaan. Dengan melakukan jenayah rasuah, yang sangat dikutuk oleh Allah SWT dan RasulNya.
Isu rasuah dan pecah amanah ini, bukanlah isu yang baru dalam situasi kita hari ini, namun isu ini semakin menular dan terus berakar umbi dalam diri umat islam masa ini yang menunjukkan suburnya sifat-sifat rakus. Semakin jelas larangan rasuah semakin galak kita menerima rasuah.
Adakah kita terlalu miskin hingga terpaksa menerima rasuah untuk menampung kehiddupan kita.?
Islam memandang rasuah sebagai amalan yang sangat keji. Ia merupakan penyakit masyarakat yang terlau rakus tamakkan harta dan mementingkan diri sendiri. Allah SWT melaknat orang yang menerima dan memberi rasuah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Daripada Thauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah serta orang yang suka mengumpulkan harta hasil daripada perbuatan rasuah yang sentiasa mencari peluang diantara kedua-duanya.”
Orang yang melakukan rasuah ataupun tamakkan harta benda dunia bermakna orang yang rakus dan kagum dengan dirinya sendiri.
Amalan untuk menghilangkannya adalah sebagai berikut:
1. Kerapkan keluarkan zakat, infaq dan sedekah.
2. Sayangilah golongan miskin, anak yatim dan janda.
3. Perbanyakkan solat tahajjud, puasa-puasa sunat dan membaca Al Quran serta memahaminya..
4. Rendahkanlah diridan bertawadhuk.
5. Jangan terlalu menghayal dengan keseronokan dunia.
6. Keraplah mengingati mati kerana ia merupakan perkara yang Haq akan terjadi.
Perihatin
No comments:
Post a Comment