Dari Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Aisyah! kalau bukanlah kerana kaummu baru saja keluar dari syirik akan ku pagar Ka'abah kembali. kubuat pintunya dua buah, satu menghadap ke Timur dan satu lagi kebarat. Kemudian kutambah lebarnya enam hasta dari hijir. Sesungguhnya orang-orang Quraisy telah memperkecilkannya ketika dahulu ketika mereka memugarnya." (H.R Muslim-1270)
Dari Aisyah r.a. katanya: "Aku menanya kepada Rasulullah s.a.w., perihal dinding (Ka'abah) apakah termasuk bait atau tidak?"
Beliau mengatakan, "termasuk!"
Kataku, "Kenapa tidak dimasukkan mereka?"
Jawab beliau, "Kaummu kekurangan Dana."
Tanyaku, "Kenapa pintunya tinggi begitu?"
Jawab beliau. "Itu siasat bangsamu, supaya mereka dapat memasukkan orang yang disukainya dan melarang orang yang tidak disukainya. Kalau bukanlah kerana bangsamu baru saja meninggalkan masa jahiliyyah, yang menyebabkan kekhuatiranku hati mereka akan berbalik menjadi ingkar, aku telah berfikir akan memasukkan 'dinding itu ke-Bait dan membuat pintu sampai ketanah." (H.R Muslim-1271)
By Perihatin
No comments:
Post a Comment